Seorang jemaah Haji dari komuniti India, Del Shad menerima sijil kelahiran bagi anak lelakinya yang dinamakan 'Ahmed Madinah', bayi pertama dilahirkan pada musim Haji 1440H, demikian dilaporkan oleh Saudi Press Agency (SPA).
SPA memetik Jurucakap Penerangan Hal Ehwal Awam, Mohammed Al-Jasser sebagai berkata, sijil kelahiran yang pertama itu kepada seorang jemaah diserahkan oleh Menteri Dalaman Agensi Hal Ehwal Awam kepada Del Shad, yang isterinya melahirkan anak itu di Madinah.
Menurut agensi berita itu, Del Shad menjelaskan, kerana kasihnya terhadap kota Madinah membuatkan beliau memilih nama 'Ahmed Madinah' sebagai nama bayi yang baru dilahirkan itu.
Del Shad juga menyatakan rasa gembiranya dengan kelahiran itu dan perkhidmatan yang disediakan di hospital berkenaan, demikian menurut laporan SPA. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2019

Ahmed Madinah menjadi bayi pertama yang dilahirkan di Tanah Suci pada musim haji tahun ini. - Gambar Twitter@BernamaNewsCH

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ahmed Madinah, bayi kelahiran pertama musim haji
Seorang jemaah Haji dari komuniti India, Del Shad menerima sijil kelahiran bagi anak lelakinya yang dinamai 'Ahmed Madinah', bayi pertama dilahirkan pada musim Haji 1440H