Jumlah korban serangan rejim Israel di Gaza meningkat mendadak semalaman dengan angka terbaru mencecah 472 nyawa.

Menurut pasukan perubatan Palestin, 34 korban dicatatkan pada awal Isnin.

gaza
Foto : Occupiedpalestine.wordpress
Sementara itu seorang jurucakap pasukan kecemasan di Gaza, Ashraf al-Qudra mengesahkan 72 penduduk Palestin di Shejaiya telah dibunuh pada Ahad.

Ashraf berkata 80 peratus dari yang terbunuh di Shejaiya terdiri dari warga lelaki tua, wanita dan kanak-kanak. Turut cedera katanya 4,000 yang lain.

Sejak Israel melancarkan Operasi Perlindungan Sempadan pada 8 Julai lalu, pejuang Palestin telah melancarkan 1,414 roket dan sistem pertahanan Iron Dome rekim berjaya menangkis 377 daripadanya, kata jurucakap tentera Israel.

gaza
Foto : Occupiedpalestine.wordpress
Selain itu 13 anggota tentera rejim dilaporkan terbunuh di Gaza, di hari ketiga operasi darat dilancarkan rejim. Ini menjadikan jumlah tentera yang Israel yang terbunuh kepada 18 orang.

Dua lagi penduduk Yahudi turut terbunuh .

gaza
Foto : Occupiedpalestine.wordpress