MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya enam orang maut apabila sebuah pesawat kecil hilang kawalan dan terhempas pada petang Isnin sejurus berlepas dari Pulau Roatan di utara Honduras, menurut Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Honduras, Octavio Pineda.

Pesawat itu membawa 18 orang termasuk 15 penumpang dan tiga anak kapal, lapor Xinhua.

Menurut Miroslava Cerpas, Pesuruhjaya Presiden bagi Sistem Kecemasan 911 Honduras, pesawat malang itu mengalami kegagalan kuasa semasa berlepas dan terhempas ke dalam laut kira-kira satu kilometer dari landasan lapangan terbang.

Pesawat milik syarikat Lanhsa itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Manuel Galvez di Roatan ke bandar La Ceiba.

-- BERNAMA