NEW YORK: Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Selasa memberi amaran sekitar 41 juta orang di seluruh dunia kini di ambang kebuluran.
Menurut agensi berita Sputnik, WFP menyatakan kebuluran sedang dialami di empat negara - Ethiopia, Madagascar, Sudan Selatan dan Yaman - yang menjejaskan 584,000 orang.
"Analisis WFP baru-baru ini menunjukkan seramai 41 juta orang di 43 negara kini diancam risiko kebuluran," kata agensi PBB itu dalam satu kenyataan media.
Menurut WFP jumlah orang menghadapi masalah kebuluran meningkat dari 27 juta pada 2019.
Peningkatan kebuluran tahun ini didorong kenaikan harga barang makanan penting, ditambah dengan konflik, perubahan iklim dan masalah ekonomi sedia ada, katanya.
WFP menyatakan pihaknya mempunyai kepakaran untuk menjangkau semua yang berisiko kebuluran jika mempunyai dana yang mencukupi. Menurut WFP untuk tahun ini sejumlah US$46 bilion dana diperlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021

Seorang wanita di sebuah tepat perlindungan di pekan Shire, Ethiopia bersama anak kecilnya beratur untuk mendapatkan bantuan makanan. - Reuters
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Risiko kebuluran di Gaza masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB
Fletcher turut menekankan keperluan mendesak bekalan makanan dan perubatan bagi wilayah yang didiami lebih 2 juta orang.

Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP
Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan.

Bekalan makanan dibenar masuk hanya penuhi 6 peratus keperluan penduduk Gaza - UNRWA
UNRWA mengesahkan bekalan tepung dan makanan yang dibenarkan masuk oleh pendudukan Israel melalui lintasan sempadan hanya memenuhi enam peratus daripada keperluan penduduk.

Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.

UNRWA beri amaran kebuluran yang bakal melanda Gaza
Operasi UNRWA adalah penting untuk memenuhi keperluan asas mereka yang telah kehilangan segala-galanya.

Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB
PBB menggesa campur tangan antarabangsa segera di Rakhine, Myanmar, berikutan kemungkinan negeri itu akan terjerumus ke dalam krisis sosial dan ekonomi ekoran kebuluran.

Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Keganasan di Gaza tingkat tahap kebuluran - Laporan
Operasi ketenteraan Israel yang sengit menambah kebimbangan dan menghalang akses kemanusiaan.

WFP beri amaran ancaman kebuluran di Gaza menjelang musim sejuk
WFP menyuarakan kebimbangan bahawa usaha untuk membawa masuk bekalan penting menghadapi cabaran yang semakin meningkat dan menyeru agar situasi ini dihentikan.

Gaza menderita kemiskinan melampau, kebuluran ketika Israel teruskan serangan genosid - Bank Dunia
Ekonomi Gaza telah runtuh dan penduduknya sedang menghadapi kemiskinan melampau serta kebuluran di tengah-tengah serangan Israel.