Sekurang-kurangnya 40 orang awam terbunuh dalam beberapa siri serangan di barat daya Syria pada Rabu, termasuk kejadian bunuh diri di bandar Sweida, menurut sumber rasmi kerajaan.
Serangan tersebut, yang dilakukan oleh kumpulan militan Daish, turut mencederakan hampir 40 orang lain, menurut Pegawai Kesihatan Sweida.
Di kawasan timur laut bandar Sweida, kumpulan pengganas itu melakukan serangan serentak di beberapa kampung.
Menurut media tempatan, kumpulan tersebut turut berbalas tembakan dengan tentera kerajaan yang mengawal kawasan itu.
Di pusat bandar Sweida, sekurang-kurangnya dua ahli kumpulan pengganas melakukan serangan bunuh diri berdekatan dengan sebuah pasar manakala seorang lagi di daerah yang berlainan, menurut stesen televisyen tempatan.
Agensi berita tempatan SANA melaporkan, dua ahli kumpulan pengganas ditembak mati oleh anggota tentera kerajaan sebelum mereka meledakkan bom pada badan mereka.
Gabenor Sweida Amer al-Eshi berkata, pihak berkuasa juga telah berjaya menahan seorang lagi anggota kumpulan pengganas sebelum sempat melakukan serangan.
"Bandar Sweida kini telah dikawal rapi dan keadaan telah kembali kepada sedia kala," katanya kepada stesen televisyen tempatan Ikhbariyah TV.
Tahun lepas, kumpulan militan Daish telah berjaya diusir daripada hampir kesemua kawasan yang mereka pernah kuasai di Syria menerusi beberapa operasi oleh tentera Rusia dan kumpulan bersenjata yang disokong Amerika Syarikat.
Sejak itu, Presiden Bashar al-Assad telah mengarahkan tentera kerajaan untuk mengusir anggota kumpulan pengganas tersebut yang masih berada di bandar Damsyik dan Homs yang terletak di barat daya negara itu.
Menurut badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), anggota tentera kerajaan telah bertempur dengan kumpulan pengganas yang menyerang beberapa kampung di timur laut bandar Sweida.
Mereka dibantu oleh beberapa pesawat tentera udara yang melakukan serangan udara ke atas beberapa tempat persembunyian kumpulan Daish yang merancang memasuki kawasan perkampungan di Douma, Tima dan al-Matouna, lapor media tempatan.
Dengan bantuan serangan udara tentera Rusia, tentera Syria telah melakukan serangan bertubi-tubi ke atas kumpulan militan Daish yang berada di Bukit Golan, di sempadan Israel.
Satu lagi kawasan yang masih dipegang oleh kumpulan itu adalah di Lembangan Yarmouk namun ia juga diserang berkali-kali oleh pihak tentera kerajaan dalam satu operasi di Wilayah Deraa dan Quneitra.
Reuters
Wed Jul 25 2018

Kerosakan yang terjadi susulan satu serangan pengeboman bunuh diri di Sweida, Syria, 25 Julai, 2018. Sana/Handout via REUTERS

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.

Suspek letupan Cybertruck di luar hotel Trump seorang veteran perang - FBI
Tiada petunjuk menunjukkan kaitan dengan serangan lain atau mana-mana organisasi pengganas.

Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.

KPM pandang serius peningkatan pelajar cenderung bunuh diri, trend 'barcode'
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peranan kaunselor dan ibu bapa penting dalam membendung tindakan sedemikian di peringkat awal.

CMCF kerjasama bangun garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
Usaha itu dilakukan dengan kerjasama pemain industri, pejuang kesihatan mental, pengamal perubatan dan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental.

Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.

Meta, Snap, TikTok bekerjasama banteras kandungan mengenai kecederaan kendiri, bunuh diri
Tiga platform media sosial terbesar sedang bekerjasama untuk menangani kandungan dalam talian yang memaparkan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri, umum Meta pada Khamis.

Rangkaian keganasan rekrut remaja melalui media sosial disiasat - Polis Indonesia
Polis Indonesia sedang menyiasat bagaimana rangkaian keganasan menggunakan media sosial untuk merekrut ahli selepas penahanan seorang suspek berusia 19 tahun di Batu, Malang, Jawa Timur.

Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Polis percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, adalah dalang di sebalik tragedi itu.

Ada nilai komersial, platform media sosial utamakan hantaran berunsur kebencian - KRYSS Network
Nabila berkata algoritma platform media sosial membolehkan pengguna yang terlibat dalam hantaran negatif menjadi lebih tular dan popular.