WASHINGTON: Tiga anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh dan lebih 30 lagi cedera dalam serangan dron di timur laut Jordan berhampiran sempadan Syria, kata tentera AS.
“Sementara kami masih mengumpul fakta mengenai serangan ini, kami tahu ia dilakukan oleh kumpulan militan radikal yang disokong Iran yang beroperasi di Syria dan Iraq,” dakwa Presiden AS, Joe Biden dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut Biden: "Hari ini, Amerika sangat berduka," sambil menambah "pengorbanan para tentera tidak akan dilupakan oleh negara kita."
Dalam masa sama, beliau memberi amaran tentang mengenai balas, sambil menegaskan: "Jangan ragu-ragu, kami akan menuntut pembelaan terhadap apa yang berlaku pada masa dan mengikut cara yang kami pilih."
Kematian berkenaan mencatat sejarah hitam kerana ia merupakan kali pertama tentera AS terbunuh oleh tembakan musuh di Asia Barat sejak permulaan perang Gaza 7 Oktober tahun lalu.
Pembunuhan tiga tentera AS di Menara 22 di Jordan berhampiran sempadan dengan Syria adalah peningkatan ketara keadaan yang sudah tidak menentu di Asia Barat.
Setakat hari Jumaat, terdapat lebih 158 serangan ke atas tentera AS dan sekutunya di Iraq dan Syria, walaupun pegawai telah menyifatkan serangan dron, roket dan peluru berpandu yang berterusan sebagai tidak berjaya, kerana sebilangan besarnya tidak menyebabkan kecederaan serius atau kerosakan kepada infrastruktur.
Angkatan pertahanan AS ditempatkan di pos luar di sana sebagai sebahagian daripada misi "menasihati dan membantu" Jordan.
Pegawai AS berulang kali berkata mereka tidak mahu melihat ketegangan yang semakin tinggi di seluruh Asia Barat ketika pertempuran antara Israel dengan Hamas meluas menjadi perang serantau. - Agensi
Agensi
Sun Jan 28 2024

Presiden Joe Biden memberi amaran mengenai tindak balas yang akan dilakukan oleh Amerika Syarikat ke atas pihak yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan tiga tentera negara itu di Jordan. - Gambar fail REUTERS

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.

PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.

Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.

Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."

AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.

Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.