TENNESSEE: Sekurang-kurangnya 21 individu terkorban manakala 50 lagi dilaporkan hilang selepas hujan lebat melanda Texas, Amerika Syarikat yang mencetuskan banjir buruk pada Ahad.

Pejabat Ketua Polis Daerah Humphreys mengesahkan jumlah mangsa maut dan pihaknya sedang melakukan usaha pencarian mangsa ketika ini.

Hujan sebanyak 43 cm dilaporkan di beberapa kawasan menyebabkan keadaan banjir sejak Sabtu malam.

Kawasan paling teruk terjejas adalah Waverly di mana ratusan rumah dan kenderaan musnah akibat banjir.

Menurut Datuk Bandar Waverly, Wallace Frazier, mangsa yang terkorban terdiri daripada bayi sehingga ke warga emas.

The Washington Post melaporkan antara yang maut adalah bayi kembar berusia tujuh bulan yang lemas selepas dibawa arus deras.