JAKARTA: Sebelas orang maut selepas dihanyutkan ombak besar ke laut dari pantai selatan wilayah Jawa Timur Indonesia pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua memetik seorang pegawai pengurusan bencana tempatan.
Kemalangan berlaku kira-kira 12:25 pagi waktu tempatan, Ahad, ketika 23 individu sedang melakukan upacara adat di pantai Payangan di daerah Jember, kata Ketua Unit Operasi Badan Pengurusan dan Mitigasi Bencana Jawa Timur Budi Santosa.
"Tiba-tiba, ombak besar datang dan menghanyutkan mereka ke laut. Kejadian berlaku di pantai selatan pulau Jawa, dan ombaknya sangat besar. Mereka sebelumnya telah dilarang melakukan aktiviti sedemikian," katanya kepada Xinhua melalui telefon.
Dua belas yang lain terselamat daripada kejadian itu, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 13 2022

Sebelas orang maut selepas dihanyutkan ombak besar ke laut dari pantai selatan wilayah Jawa Timur Indonesia pada Ahad. - Gambar hiasan

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.

Ombak besar, air pasang: Semakin ramai mangsa berpindah ke PPS
Di daerah Kemaman, seramai 285 mangsa daripada 73 keluarga berlindung di dua pusat pemindahan sementara.

Ombak besar badai rumah, 23 keluarga pindah ke PPS
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata daripada jumlah itu 66 mangsa di Kemaman dan 14 mangsa lagi di Dungun.

Kedai runtuh dibadai ombak besar di Batu Rakit
Premis perniagaan di Kampung Tanjung, Batu Rakit yang diusahakan lebih 20 tahun runtuh akibat hakisan dalam kejadian ombak besar malam tadi.

Polis pantau empat lokasi susulan ombak besar, angin kencang
Lokasi berkenaan adalah Pantai Tanjung, Pantai Mengabang Telipot dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus serta Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.

20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.

10 perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi dibatalkan
10 perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan angin kencang dan ombak besar hari ini.

Pelantar ikan dan restoran rosak akibat ombak besar - APM
Kejadian hujan lebat berterusan lebih dua jam berserta angin kencang telah mengakibatkan sebuah restoran dan pelantar ikan di Bagan Sungai Burung, Bagan Datuk mengalami kerosakan teruk.

Ombak besar di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor kejadian luar biasa - METMalaysia
Orang awam diminta supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dengan melayari laman web serta media sosial METMalaysia.

Lapan perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi batal akibat ombak kuat
Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.