Kira-kira 10,000 warga Iran di Malaysia pada Jumaat keluar mengundi di enam pusat mengundi berbeza -- empat di Kuala Lumpur, masing-masing satu di Johor Bahru dan Pulau Pinang, menyertai 55 juta rakyat mereka di Iran, dan 2.5 juta di negara lain bagi Pilihan Raya Presiden ke-12 sejak Revolusi Islam pada tahun 1979.
Menurut pegawai yang bertanggungjawab di Bahagian Konsular, Kedutaan Iran di sini, yang enggan namanya disebut, kira-kira 10,000 daripada anggaran 60,000 warga Iran di sini layak mengundi, dengan pusat pengundian dibuka sejak 8 pagi dan dijangka ditutup pada 6 petang.
"Seperti yang anda boleh lihat, orang ramai telah beratur sejak pagi, menunggu giliran mereka. Ini membuktikan warga Iran di sini dan juga di negara kami, serta bahagian-bahagian lain di dunia, percaya kepada konsep demokrasi, iaitu kita boleh memilih pemimpin kita sendiri tanpa mengira fahaman politik mereka," katanya kepada Bernama.
Sebaik pusat pengundian ditutup, pegawai itu berkata, proses pengiraan akan dilakukan segera, dan jumlah undi itu akan dihantar ke Iran untuk dirangkumkan bagi keputusan akhir.
Bagi pilihan raya presiden ini, penyandang presiden Hassan Rouhani, dianggap sebagai ulama yang sederhana dan juga reformis, bakal menerima tentangan sengit daripada Ebrahim Raisi, seorang ulama konservatif serta termasuk dua lagi pencalonan.
Warga Iran, Jafar, 39, yang sedang mengikuti pengajian PhD di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), memberitahu Bernama adalah penting bagi kerajaan baharu yang bakal dipilih untuk membentuk dasar yang lebih baik bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan perkembangan sosial.
"Iran sebuah negara yang hebat...tetapi ia hanya boleh menjadi lebih baik dengan tadbir urus yang betul...kita perlu dasar yang baik untuk memacu pertumbuhan ekonomi, mengurangkan pengangguran dan mewujudkan hubungan dengan negara lain.
"Dunia perlu tahu, tidak kira apa pandangan mereka, kami warga Iran masih mempunyai hak untuk mengundi dan memilih pemimpin pilihan kami. Masih terdapat elemen demokrasi di negara kami," tambah beliau lagi.
Rakan senegaranya, Mohmedi, 29, seorang pelajar yang menetap di sini bersama-sama ibu bapanya selama lima tahun, berharap Iran belajar mengenai kepentingan bersifat lebih terbuka kepada dunia luar.
"Kami diberi layanan secara tidak adil dengan pandangan bahawa negara kami dikawal oleh diktator. Pentadbiran mungkin berlainan dengan negara lain yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya.
"Tetapi kami masih mempunyai hak untuk memilih pemimpin kami dan pihak lain harus menghormatinya," kata beliau.
Pada pilihan raya presiden 2013, Rouhaini, yang menewaskan Mahmoud Ahmadinejad, memperoleh 50.88 peratus daripada keseluruhan undi, mengenepikan pencabar terdekatnya Mohammad Bagher Ghalibaf yang hanya mendapat 16.46 peratus undi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2017

Hassan Rouhani mendaftar untuk bertanding bagi penggal kedua dalam pilihan raya presiden di Tehran, Iran, 14 April, 2017. President.ir/Handout via REUTERS

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Trump sedia buat perjanjian dengan Iran, daripada ambil tindakan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan kesediaan beliau untuk membuat satu perjanjian dengan dengan Iran sebagai alternatif kepada tindakan ketenteraan.

Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.

Di sebalik 'tekanan maksimum' AS ke atas Iran, Trump mahu baiki hubungan dengan Tehran
Bagaimanapun, Presiden AS mengingatkan Tehran tidak boleh miliki senjata nuklear.

Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.

IG Arif Aiman kena serbu penyokong Iran
Arif Aiman Hanapi, diserbu beramai-ramai oleh peminat bola sepak dari Iran, terutama penyokong Persepolis.

Malaysia gariskan visi kepengerusian ASEAN 2025 dalam persidangan di Tehran
Ia menyerlahkan visi Malaysia yang bertemakan 'Keterangkuman dan Kemampanan' sebagai asas penyatuan untuk penglibatan serantau dan global.

Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama
Malaysia kini mempergiat usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya dengan Iran, dengan mengenal pasti Wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama strategik baharu.

AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.

Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran
Gantz berkata Lubnan perlu membentuk kerajaan yang stabil serta memperkukuhkan peranan tentera Lubnan.

Iran, Malaysia bekerjasama terbit buku tentang kepincangan dalaman Israel
Iran dan Malaysia bekerjasama menerbitkan sebuah buku baharu yang mengupas isu kepincangan dalaman rejim Zionis, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).