JOHOR BAHRU: Zon Kewangan Khas (ZKK) di Forest City, dijangka memberi manfaat kepada Johor dan Singapura terutama dalam sektor pekerjaan, seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi bagi kedua-dua negara.
Ahli Dewan Undangan Negeri Stulang, Andrew Chen Kah Eng berkata limpahan ekonomi akan menjadi lebih pesat dalam bidang kewangan, pembuatan dan perkhidmatan, dengan Johor telah dan akan menarik lebih banyak pelaburan menerusi usaha sama dua negara.
Kedudukan Johor yang terletak di sebelah Singapura selain menjadi negeri paling diminati pelabur merupakan antara 'saranan jualan unik' yang telah membolehkan negeri itu menarik pelaburan sebanyak RM70 bilion tahun lepas.
"Selain itu, saya berharap usaha ini dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang kini bekerja di Singapura, untuk kembali mencurahkan kemahiran mereka di sini, " katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata lebih 300,000 rakyat Malaysia berulang-alik bekerja di Singapura atas tawaran pendapatan yang tinggi.
Chen yang juga Ketua Pengimbang Dewan Undangan Negeri Johor berkata pada masa sama, permintaan terhadap ringgit juga akan semakin tinggi, seterusnya membantu menstabilkan nilai mata wang tempatan.
Pada 25 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembentukan ZKK di Forest City serta beberapa insentif untuk merancakkan aktiviti ekonomi di Johor dan kawasan sekitarnya.
ZKK menawarkan insentif antaranya visa kemasukan berbilang dan kadar cukai pendapatan berkadar 15 peratus berbanding 30 peratus di tempat lain bagi pekerja mahir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023

Chen berkata lebih 300,000 rakyat Malaysia berulang-alik bekerja di Singapura atas tawaran pendapatan yang tinggi. - Foto Facebook Andrew Chen Kah Heng

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Perbincangan mengenai SFZ, SEZ di Johor di peringkat akhir - PM Anwar
PM Anwar berkata beliau akan berjumpa dengan PM Lee Hsien Loong pada pertengahan Januari, bagi membincangkan hal tersebut

Status SFZ Forest City mampu letak Malaysia di peta dunia dalam sektor kewangan, perbankan antarabangsa - UTM
Status zon kewangan khas (SFZ) Forest City mampu meletakkan Malaysia di peta dunia, khususnya dalam sektor kewangan dan perbankan antarabangsa.

Pulau Pinang sokong SFZ bagi wilayah utara, tunggu maklumat lanjut - Chow
Kerajaan Pulau Pinang menyokong sebarang insiatif ekonomi yang bermanfaat termasuk pembentukan zon kewangan khas (SFZ) bagi wilayah utara.

Wujudkan zon kewangan di Pulau Pinang untuk wilayah utara - Lim Guan Eng
Lim berkata Pulau Pinang kini mempunyai critical mass dengan asas industri pembuatan matang yang memacu pembangunan dan merancakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan.

Zon Kewangan Khas beri manfaat kepada Johor, Singapura
Limpahan ekonomi akan lebih pesat dalam bidang kewangan, pembuatan dan perkhidmatan, dengan Johor telah dan akan tarik lebih banyak pelaburan.

Status SFZ Forest City tingkat pelaburan asing, rangsang pertumbuhan ekonomi Iskandar Malaysia - IIB
IIB juga komited untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan persekutuan dan negeri berhubung penubuhan Zon Ekonomi Johor-Singapura.

Zon kewangan khas diwujudkan di Forest City - PM Anwar
Kerajaan akan mewujudkan zon kewangan khas di Forest City dalam usaha merancakkan pelaburan, pertumbuhan dan aktiviti ekonomi di Johor.