Selepas jelajah Sarawak dan Terengganu, kempen #YOUCANDUIT anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini ke selatan tanah air, Johor Bahru.
Kempen digerakkan bagi menyeru rakyat Malaysia menggunakan platform digital untuk menjana lebih pendapatan.
Siri itu memberi fokus kepada golongan pelajar pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), usahawan mikro serta komuniti B40 melalui progam e-rezeki dan e-usahawan.
Kempen #YOUCANDUIT edisi Johor menyaksikan lebih 5,000 pengunjung membanjiri Persada Johor, di sini.
Mereka hadir dengan satu hasrat, iaitu meningkatkan taraf hidup sekaligus menjana pendapatan tambahan melalui e-rezeki dan e-usahawan.
Menurut Naib Presiden Bahagian Komunikasi Korporat MDEC, Razaleigh Zainal, sehingga kini, seramai 6,500 peserta di seluruh negara mendaftar bagi program e-usahawan.
"Sehingga kini, kita sudah mempunyai hampir 6,500 peserta untuk e-usahawan. Mereka dilatih dan telah menjana pendapatan lebih kurang RM13 juta. Untuk e-rezeki pula, 20,000 orang telah dilatih dan menjana pendapatan kira-kira RM18 juta," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.
Karnival kali ini turut menyaksikan beberapa selebriti tanah air yang turut serta untuk memberi galakan dan inspirasi kepada orang ramai menggunakan teknologi digital untuk mengembangkan perniagaan.
Bagi Diana Danielle, beliau melihat pengiklanan secara digital kini jauh lebih berkesan berbanding pengiklanan secara konvensional melalui akhbar.
"Zaman sekarang, pengiklanan konvensional tidak lagi efektif berbanding menggunakan media sosial. Ia jauh lebih murah dari segi kos dan ada kala ia tidak melibatkan sebarang kos langsung.
"Bagi saya, ia (pengiklanan digital) sangat membantu. Ramai di luar sana seperti ibu tunggal, orang kurang upaya ataupun golongan muda yang tiada pengalaman dalam perniagaan telah pun berjaya. Ini kerana mereka mempunyai sifat untuk mencabar diri mereka untuk jadi lebih berjaya," kata Diana.
Bagi pelakon Fizo Omar pula, beliau berpendapat bahawa usahawan perlu mementingkan aspek ilmu berbanding modal jika ingin berjaya dalam menjalankan perniagaan.
"Sebagai seorang usahawan, saya rasa yang penting adalah modal ilmu kerana ilmu itu yang akan menjana pendapatan. e-rezeki dan e-usahawan adalah salah satu platform untuk mendapat ilmu tentang perniagaan.
"Apabila mereka ada ilmu, ia boleh mencipta idea untuk mereka menjalankan perniagaan ataupun, sekiranya mereka sudah mempunyai perniagaan, ilmu itu mampu melipatgandakan perniagaan mereka," kata Fizo.
#YOUCANDUIT merupakan sebahagian daripada agenda MDEC untuk merakyatkan ekonomi digital di bawah inisiatif Transformasi Ekonomi Digital Kebangsaan 'Digital Malaysia'.
Karnival #YOUCANDUIT di Johor menjadi sebahagian daripada Inovasi Digital Johor 2016 yang berlangsung sehingga 14 Ogos.
Selepas Johor, karnival ini bakal menjelajah ke Kuantan, Pahang pada 27 - 28 Ogos dan seterusnya di Ipoh, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah pada September ini.
Malik Ridhwan
Sat Aug 13 2016
![#YOUCANDUIT: MDEC sasar tingkat ekonomi rakyat Johor melalui platform digital #YOUCANDUIT: MDEC sasar tingkat ekonomi rakyat Johor melalui platform digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51471094371_YouCanDuitYouCan.jpg)
Kempen #YOUCANDUIT edisi Johor menyaksikan lebih 5,000 pengunjung membanjiri Persada Johor. - Foto Astro AWANI/Malek Ridhwan
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![#YOUCANDUIT: Manfaat teknologi digital untuk jana pendapatan #YOUCANDUIT: Manfaat teknologi digital untuk jana pendapatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61472303192_YoucanduitPahang.jpg)
#YOUCANDUIT: Manfaat teknologi digital untuk jana pendapatan
Selepas menjelajah Sarawak, Terengganu dan Johor kempen #YOUCANDUIT anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini ke Kuantan , Pahang.
![#YOUCANDUIT: MDEC sasar tingkat ekonomi rakyat Johor melalui platform digital #YOUCANDUIT: MDEC sasar tingkat ekonomi rakyat Johor melalui platform digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51471094371_YouCanDuitYouCan.jpg)
#YOUCANDUIT: MDEC sasar tingkat ekonomi rakyat Johor melalui platform digital
Kempen digerakkan bagi menyeru rakyat Malaysia menggunakan platform digital untuk menjana lebih pendapatan.
![100,000 peserta dijangka terlibat program e-Usahawan, e-Rezeki tahun ini 100,000 peserta dijangka terlibat program e-Usahawan, e-Rezeki tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41442234842_JailaniJohari.jpg)
100,000 peserta dijangka terlibat program e-Usahawan, e-Rezeki tahun ini
Program perintis e-Usahawan pada 2015 membabitkan 147 pusat pendidikan latihan teknik dan vokasional (TVET) di seluruh negara.