SME Bank merekodkan lonjakan untung sebelum cukai sebanyak 104.3 peratus kepada RM114.2 juta pada tahun 2017 sekali gus menjadikan ia bank terkemuka dalam pembiayaan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) negara.
Untung bersih pula menokok 37.4 peratus kepada RM74 juta berbanding 53.9 juta tahun sebelumnya.
Prestasi itu dipacu pertumbuhan portfolio pembiayaan SME Bank yang melepasi pertumbuhan sektor perbankan pada 7.7 peratus atau RM6.5 bilion pada 2017, kata bank itu dalam satu kenyataan.
Sektor perbankan Malaysia pula hanya merekodkan pertumbuhan 6 peratus pembiayaan bagi tahun berkenaan.
“Sektor Pemborongan dan Peruncitan, Restoran & Hotel, Pembuatan, Pendidikan, Kesihatan dan lain-lain berada di posisi tiga teratas yang menerima bantuan pembiayaan dari SME Bank,” kata kenyataan itu.
Menurut firma itu pembangungan yang mampan, memberi tumpuan dalam mengukuhkan pengurusan akaun dan melaksanakan pengurusan kos yang berkesan telah menyumbang ke arah mencapai prestasi yang memberangsangkan tersebut.
“Selain itu, kedudukan pendanaan yang stabil dan kecairan SME Bank yang kukuh juga telah menyumbang kepada prestasi kewangan ini yang seterusnya membantu memastikan kemapanan kewangan Bank," tambah kenyataan tersebut.
SME Bank turut meluluskan peruntukan RM2.2 bilion bagi membantu pembangunan usaha PKS bagi tahun ini.
“Bank turut memainkan peranan sebagai seorang rakan kongsi yang sentiasa menyokong mereka melalui pelbagai inisiatif yang disediakan seperti Program Intervensi yang menyaksikan 245 syarikat telah berjaya dinaik taraf ke peringkat yang lebih tinggi,” tambah kenyataan bank berkenaan.
Sejajar dengan objektif ini, anak syarikat SME Bank, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR) turut melengkapi peranan pembangunan yang dimainkan oleh SME Bank apabila CEDAR berjaya menjalankan 27 sesi latihan keusahawanan yang memanfaatkan seramai 785 orang peserta pada tahun 2017.
Najib Aroff
Thu Jun 28 2018

SME Bank turut meluluskan peruntukan RM2.2 bilion bagi membantu pembangunan usaha PKS bagi tahun ini. - Foto SME Bank

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

SME Bank terbit sukuk RM600 juta
Permintaan yang tinggi membolehkannya mendapatkan beberapa pelabur utama untuk menutup rundingan dengan harga kompetitif di antara mata asas 45 dan 31 melebihi bon kerajaan Malaysia.

Untung pracukai SME Bank melonjak lebih 100 peratus
Untung bersih pula menokok 37.4 peratus kepada RM74 juta berbanding 53.9 juta tahun sebelumnya.