BAJET Negara 2022 yang dibentangkan di Parlimen pada 29 Oktober 2021 memperuntukkan RM332.1bil dan ini merupakan perbelanjaan terbesar dalam sejarah Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2,947.00 juta telah diagihkan untuk Negeri Johor yang menggariskan strategi untuk memulih ekonomi dan kehidupan rakyat. Berlandaskan tema Memperhebat Kesejahteraan Johor, Bajet 2022 Negeri Johor telah diumumkan 18 November yang lalu.
Iskandar Investment Berhad (IIB) sebuah syarikat pemegang pelaburan beroperasi selama 15 tahun di Johor memangkin pembangunan strategik Iskandar Malaysia. Sebagai peneraju utama transformasi Iskandar Malaysia, IIB telah mencatat pelbagai pencapaian sejak penubuhannya. Sebagai rakan strategik kerajaan negeri, IIB berhasrat untuk terus menyokong kerajaan Johor serta memperkasa ekosistem lestari bagi perniagaan, pelabur dan komuniti di negeri ini untuk tahun 2022 dan seterusnya.
1. Agenda Johor Digital
Agenda Johor Digital salah satu strategi utama untuk membangunkan sosio-ekonomi rakyat. Sejumlah RM21.5 juta telah diperuntukkan untuk inisiatif ini.
IIB menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan bagi meletakkan Iskandar Puteri sebagai HUB utama pembangunan teknologi dron dan robot, inovasi, pembangunan bakat serta teknologi digital. Kami menyambut baik peruntukan sejumlah RM2.3 juta untuk Young Drone Pilot Programme mensasarkan 10,000 perserta.
Peruntukan ini akan terus memacu pembangunan hub digital dan bakat di Iskandar Puteri serta menarik pelaburan berimpak tinggi serta bakat berkemahiran tinggi ke Johor.
Dalam usaha untuk membangunkan dan melaksanakan ekosistem teknologi berasaskan IR4.0 dan menyokong Wawasan 2030 Johor, IIB turut melancarkan Iskandar New Economy Experience Talent (Iskandar NEXT) pada Oktober 2020. Inisiatif ini membawa ekonomi digital, perniagaan dan bakat baru ke Iskandar Malaysia. Johor memerlukan ekosistem digital bersepadu untuk menghubungkan kerajaan dengan perniagaan dan pengguna bagi memastikan pembangunan wilayah Iskandar Malaysia dapat direncanakan dengan strategik.
Kami turut mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM2.2 juta yang bakal disalurkan melalui insentif Digital Johor Startup Grant untuk syarikat baru bakal beroperasi di Medini Iskandar Malaysia.
Sehingga 100 syarikat disasarkan untuk menerima geran ini dalam tempoh dua tahun akan datang untuk menjadi pemacu perlaksanaan program komuniti di Common Ground Iskandar Space (CGIS) mulai Januari 2022 - ruang kerja bersama pertama di Johor. CGIS, yang menjurus ke arah membina komuniti “digitech”, menyediakan landasan untuk syarikat permulaan digital serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
di pinggir bandar Medini.
2. Pembangunan Modal Insan
Modal insan merupakan pemangkin utama merancakkan semula pembangunan negeri Johor. Bagi tahun 2022, peruntukan sebanyak RM5.2 juta disediakan untuk melaksanakan inisiatif lpeningkatan kemahiran seperti Program Johor Upskilling & Reskilling, Latihan Lepasan Siswazah Johor, Johor Skills Oil & Gas dan Pensijilan Tenaga Mahir Johor yang memberi manfaat kepada 1,550 peserta.
IIB mengalu-alukan peruntukan kerajaan negeri Johor untuk inisiatif pembangunan bakat serta teknologi digital di Johor melalui Belanjawan Johor 2022. Agenda Pembangunan Modal Insan di Iskandar Malaysia diteruskan dengan Geran Pekerjaan Iskandar Malaysia (IMEG) sebanyak RM4 juta dilaksanakan mengikut konsep keperluan tenaga kerja industri sektor ekonomi utama.
Pada bulan Ogos 2021 yang lepas, Johor Digital and Emerging Technology Talent Programme (JDETT) dilancarkan bagi mengembang, memupuk dan melahirkan bakat menyokong sektor teknologi di wilayah Iskandar Puteri. Inisiatif ini dilaksanakan bagi mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi melalui kerjasama kerajaan negeri Johor dan Persekutuan, selain disokong oleh industri, bakat, latihan, dan rakan pembiayaan.
Selain itu, inisiatif pembangunan modal insan oleh IIB iaitu Perantis Iskandar telah diwujudkan untuk mendidik dan membangunkan bakat teknikal di EduCity.
Program tersebut menyokong skim PENJANA kerajaan – satu usaha untuk menangani pengangguran disebabkan pandemik Covid-19. Sejak 2006, kami telah mewujudkan sebanyak 10,000 pekerjaan di lima sektor promosi – industri kreatif, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan kewangan dan perniagaan, penjagaan kesihatan dan pelancongan, di Iskandar Puteri.
3. Mempertingkatkan Jaminan Bekalan Makanan Johor
Melalui Belanjawan 2022, Kerajaan Negeri beriltizam untuk menjadikan Johor HUB makanan untuk pasaran domestik, pasaran serantau dan antarabangsa dengan peruntukan sebanyak RM18.9 juta merangkumi 32 projek.
Jaminan keselamatan bekalan makanan negara perlu kekal sebagai agenda utama negara. Walaupun IIB tidak terlibat secara langsung dalam inisiatif ini, kami berkongsi aspirasi dengan kerajaan negeri untuk menyokong agenda keselamatan makanan melalui inisiatif Pertanian Pintar.
Peluang sedang diteroka bersama rakan strategik dan pemain industri pertanian moden bagi usahasama pertanian pintar yang melibatkan pasaran eksport sumber organik dan sokongan program keselamatan makanan kerajaan Malaysia.
4. Ekonomi Hijau
Kerajaan Negeri akan merangka Roadmap ekonomi hijau “Johor Green Deal” pada tahun hadapan. Ia merupakan suatu pelan menyeluruh bagi pertumbuhan ekonomi hijau negeri yang akan dapat membolehkan pengenalan insentif dan faedah untuk pelaburan yang berasaskan Persekitaran, Sosial dan Urus Tadbir (ESG).
Salah satu inisiatif di bawah pelan ini adalah Kelestarian Alam Sekitar. Kerajaan Negeri akan memperkasa usaha untuk memelihara daya hidup sungai-sungai di Johor.
Sejumlah RM4.5 juta telah diperuntukkan untuk meningkatkan kelestarian sungaisungai di Johor.
Sebagai pemaju strategik, IIB memberikan tumpuan kepada pertumbuhan holistik, menyeimbangkan kemakmuran ekonomi, kualiti kehidupan dan kelestarian alam sekitar. Di antara inisiatif yang dilaksanakan oleh IIB termasuk pemeliharaan hutan pokok bakau, aktiviti menanam pokok buah-buahan dan sayuran di Edible Park, Medini dan pembersihan pantai di perairan Johor yang melibatkan kerjasama semua pihak berkaitan.
Sebagai warga korporat prihatin, IIB fokus dalam memacu pertumbuhan ekonomi bagi memanfaatkan komuniti tempatan, rakan perniagaan, para pelabur dan kakitangan syarikat melalui kerjasama dengan semua pihak yang terlibat.
Secara keseluruhan, kesemua inisiatif dan agenda yang digariskan berpotensi memulih dan memperkasa semula sektor ekonomi Johor secara holistik demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat negeri Johor. IIB akan terus komited untuk menjadi peneraju dalam mencapai aspirasi Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri dan rakyat Johor.
Kenyataan Media
Mon Nov 22 2021
Iskandar Investment Berhad (IIB) sebuah syarikat pemegang pelaburan beroperasi selama 15 tahun di Johor memangkin pembangunan strategik Iskandar Malaysia.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
Beberapa jalan ditutup bermula Sabtu hingga petang Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Sabtu hingga jam 3 petang Ahad sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Fadhlina rayu undi calon PH
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dr Joohari Ariffin untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat pada pengundian Sabtu ini.
Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu
Pemain berusia 26 tahun itu difahamkan sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan media.
Sebuah roket dari Lubnan dipintas Israel
Sebuah roket yang dilancarkan dari Lubnan berjaya dipintas rejim Israel pada Khamis.
Roket yang dipintas itu kemudian mengenai bumbung sebuah pusat beli-belah di bandar Acre, utara Israel.
Roket yang dipintas itu kemudian mengenai bumbung sebuah pusat beli-belah di bandar Acre, utara Israel.
Singapura tunggu masa sesuai untuk iktiraf Palestin
Republik Singapura pada dasarnya bersedia untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara jika ia menolak keganasan dan menerima hak Israel untuk wujud.
Ratusan penunjuk perasaan Israel gesa pembebasan tebusan
Ratusan penunjuk perasaan anti-kerajaan turun ke jalan-jalan di Baitulmaqdis pada Khamis bagi menggesa pembebasan tebusan ketika rundingan mengenai perjanjian antara Hamas dan Israel dilaporkan akan disambung semula.
Tiga pengendali makanan disyaki pembawa demam kepialu di sekolah
Semua pengendali makanan telah diberi rawatan dan tidak dibenarkan mengendalikan makanan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Ulasan pasca Bajet 2022 negeri Johor
Iskandar Investment Berhad (IIB) sebuah syarikat pemegang pelaburan beroperasi selama 15 tahun di Johor memangkin pembangunan strategik Iskandar Malaysia.