KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bahawa semua langkah sewajarnya membabitkan isu pembinaan Loji Kuasa Hidroelektrik di Mukim Ulu Nenggeri, Jajahan Gua Musang, Kelantan telah dan akan terus diambil.
TNB dalam kenyataannya berkata, ia telah menerima satu memorandum daripada Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) yang membangkitkan beberapa kebimbangan berhubung pembinaan Loji Kuasa Hidroelektrik itu dengan kapasiti 300 megawatt (MW).
Menurut TNB, mereka mengambil maklum kebimbangan yang dibangkitkan oleh JKOAK dan memberikan jaminan itu.
Kenyataan itu menyebut sejak 2015, TNB telah menjalin kerjasama rapat dengan kerajaan serta pihak berkepentingan yang berkaitan untuk melaksanakan projek itu dengan mematuhi sepenuhnya kehendak undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli serta Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia.
"TNB juga telah beberapa kali mengadakan libat urus dengan Orang Asli dan komuniti lain yang terjejas secara langsung atau tidak langsung dengan projek ini.
"TNB kekal fokus terhadap objektif utamanya untuk melaksanakan projeknya dengan jayanya dan terus memastikan kepentingan pihak berkentingan ditangani," katanya.
Menurut TNB, Projek Hidroelektrik Nenggiri adalah bahagian penting dalam strategi kerajaan untuk meningkatkan penjanaan kuasa daripada sumber tenaga boleh diperbaharui selain menjadi tambahan untuk menyokong usaha tebatan banjir di Kelantan.
Projek itu juga akan memberikan impak sosioekonomi yang positif kepada negara dan Kelantan selain membawa faedah lain untuk komuniti setempat di kawasan berhampiran termasuk akses lebih baik kepada kemudahan, peluang pekerjaan dan keusahawanan serta menambah baik sumber pengairan bagi aktiviti pertanian.
"TNB memiliki rekod prestasi yang baik dalam memenuhi segala kewajipannya kepada negara dan komuniti setempat.
"Kami sedang mengusahakan satu pelan komprehensif bagi memastikan semua kewajipan kami dipenuhi dan dilaksanakan seperti yang dijanjikan.
"Kami juga akan memastikan bahawa pelaksanaan projek ini menepati agenda kerajaan untuk meningkatan penjanaan kuasa daripada sumber tenaga boleh diperbaharui," katanya.
Sumber DagangNews.com
Dagang News
Wed Jun 08 2022
TNB telah terima satu memorandum daripada Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) yang membangkitkan beberapa kebimbangan berhubung pembinaan Loji Kuasa Hidroelektrik.- Sumber foto Facebook/Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.
250 jenis pekerjaan bakal wujud pascaprojek empangan Nenggiri
Sebanyak 250 peluang pekerjaan akan dibuka kepada warga tempatan dan juga masyarakat Orang Asli setelah selesainya pembinaan empangan Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.
PRK Nenggiri: 71.87 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
Enam daripada 20 pusat mengundi telah ditutup dan selebihnya akan ditutup 6 petang ini.
PRK Nenggiri: Tok Batin mengundi sambil gayakan pakaian tradisional suku kaum Mendriq
Suasana di pusat mengundi PRK DUN Nenggiri di SK Meranto hari ini diwarnai dengan keunikan pemakaian busana tradisional Orang Asli.
Tiga gajah jantan liar ditangkap Perhilitan Kelantan
Tiga gajah jantan liar berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Lawar, Jeli dan Felda Chiku 3, Gua Musang kelmarin.
Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid
Kerajaan akan membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang.
Mangsa dihempap kayu balak ditidurkan semula
Kakaknya berkata, langkah itu terpaksa diambil selepas pernafasan Siti Norelyana laju akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Pekerja kilang papan mengaku rogol, cabul budak 5 tahun
Tertuduh, Lui Tien Peng, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Pemandu terbabit insiden dihempap kayu balak tiada lesen memandu - Polis
Pemandu lori terbabit dalam insiden penunggang motosikal dihempap kayu balak di Jalan Gua Musang-Kuala Krai didapati tidak memiliki lesen memandu.
Orang Asli di Gua Musang dijangka pindah ke penempatan baharu pada pertengahan 2026
Setakat ini, sejumlah 250 daripada 280 ketua isi rumah telah bersetuju dengan pakej pampasan dan penempatan semula manakala bakinya masih dalam proses rundingan.