Pengurup wang tempatan menganggap pengumuman kerajaan India menamatkan serta merta urus niaga kedua-dua wang kertas rupee Rs500 dan Rs1,000 bermula 9 November tidak adil.
Tegas mereka, kerajaan India seharusnya memberi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan bagi membolehkan pengurup wang tempatan menjual semua wang kertas Rs500 dan Rs1,000 yang berada di dalam simpanan.
"Sekarang ini kami tidak boleh buat apa-apa, begitu juga pelanggan. Kasihan pada mereka yang hadapi masalah untuk tukar wang bukan sahaja yang mahu ke India, tetapi mereka yang datang dari negara itu," kata Pengurus Pembangunan Perniagaan Sky Xchange, Anuar.
Pada Selasa, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan pemansuhan urusniaga dalam not Rs500 dan Rs1000; sebagai ganti, wang kertas Rs500 dan Rs2,000 yang baharu diperkenalkan bermula 10 November.
Tindakan itu menurut Modi adalah bagi membanteras kegiatan rasuah dan pemilikan wang haram di negara tersebut.
Sejak pengumuman itu disusuli arahan Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB) pada Khamis, semua pengurup wang berlesen di negara ini tidak lagi akan menjual atau membeli wang kertas Rs500 dan Rs1,000.
Menurut Anuar, setiap hari bukan sahaja ramai yang hadir ke kedai, malah pihaknya juga menerima banyak panggilan telefon bertanyakan sama ada urusan jual beli matawang tersebut sudah boleh dibuat.
"Kami sudah hantar (laporan) kepada Bank Negara, jadi mereka arahkan kami untuk tunggu sehingga kerajaan India buat pengumuman. Apa sahaja keputusannya, Isnin ini baru tahu," maklumnya.
Tinjauan Astro AWANI di sekitar Jalan Masjid India hari ini mendapati notis pemberitahuan juga telah ditampal di kebanyakan kedai pengurup wang berlesen.
Begitupun, masih ada pelanggan yang tetap masuk dan bertanya, mencuba nasib kalau-kalau urusniaga sudah kembali berjalan.
Malangnya semua keluar dari kedai dengan kehampaan, termasuk seorang warga dari Chennai, India yang gagal menukarkan wang kertas Rs500 yang berjumlah Rs2,500 keseluruhannya.
Rahman, 40-an, memaklumkan dia terkejut dengan pengumuman yang begitu singkat daripada kerajaan negaranya itu.
"Tiba-tiba umum pada malam Isnin, esoknya sudah tidak boleh tukar wang. Memang masalah besar.
"Tak tahulah, wang ini hanya bernilai sehingga 31 Disember ini sahaja. Keesokan harinya ia sudah tidak bernilai, hanya kertas," keluhnya.
Mujur dia mempunyai anak lelaki dan perempuan yang bekerja di sini untuk bergantung harap sekiranya wang Ringgit Malaysia kehabisan.
Begitu juga seorang warga tempatan, N.Subramaniam, 50-an, yang turut gagal menukar wang 3,500 Rupee, lebihan daripada lawatannya ke India lima bulan lepas.
Niatnya menyimpan lebihan itu adalah untuk masa depan sekiranya dia ke India lagi, nampaknya terpaksa menukarnya kepada wang Ringgit Malaysia atau matawang lain yang boleh digunakan.
Bagaimanapun, dia yang bekerja di sebuah syarikat guaman optimis dengan keputusan kerajaan India yang disifatkannya dibuat untuk kebaikan negara itu.
"Mereka mesti sudah buat cadangan dan bincang semuanya dalam Kabinet, kita tak berapa faham sangat.
"Bukan tak boleh tukar, tapi mereka kata tunggu jadi kita tunggulah," ujarnya.
Israr Khalid
Fri Nov 11 2016

Pada Selasa, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan pemansuhan urusniaga dalam not Rs500 dan Rs1000. - AFP PHOTO / Sanjay Kanojia

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir 6 jam, dipanggil semula Isnin ini
Ismail Sabri Ykeluar dari ibu pejabat SPRM pada jam 5.42 petang selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam pada Jumaat.
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Tindakan kerajaan India tamatkan urus niaga Rs500 dan Rs1,000 tidak adil - Pengurup wang
Pengurup wang tempatan menganggap pengumuman kerajaan India menamatkan serta merta urus niaga kedua-dua wang kertas Rs500 dan Rs1000 bermula 9 November tidak adil.