Tiada kes dilaporkan bahawa mata wang digital digunakan bagi pembiayaan keganasan di Malaysia, kata Pengarah Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia, Abd Rahman Abu Bakar.
"Kita tidak menyaksikan mata wang digital digunakan bagi pembiayaan keganasan," kata beliau pada sidang media semasa Sidang Kemuncak Anti Pembiayaan Keganasan ketiga anjuran Bank Negara dengan kerjasama agensi perisikan kewangan Australia dan Indonesia, di sini pada Khamis.
Abd Rahman berkata ramai orang di Malaysia menggunakan mata wang digital untuk tujuan pelaburan daripada menggunakannya sebagai medium pertukaran atau membeli sesuatu yang mereka minat.
"Tidak ada langsung (mata wang digital) digunakan sebagai mata wang, ramai orang sebenarnya membelinya untuk tujuan pelaburan," kata beliau.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Transaksi Laporan dan Analisis Australia (AUSTRAC) Peter Clark dan Ketua Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Keuangan (PPATK) Indonesia, Bapak Kiagus Ahmad Badaruddin.
Pada Rabu, dalam langkah pertama untuk mengawal selia mata wang crypto di Malaysia, Bank Negara dilaporkan berkata ia menganggap semua pihak perlu bertindak sebagai "institusi pelapor" yang memerlukan mereka memberi maklumat terperinci mengenai pembeli dan penjual mata wang tersebut.
Gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim juga menyatakan kemungkinan mata wang digital menjadi "norma baharu" dan bahawa bank pusat tidak dapat menyedari mengenai perkembangan ini."
Mengulas mengenai langkah itu, Abd Rahman berkata Bank Negara sebenarnya akan membuat penukaran atau orang yang menyediakan perkhidmatan pertukaran bagi mata wang crypto melaporkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang akan berkuatkuasa pada Januari tahun depan.
Clark mengulangi pandangannya dan menegaskan bahawa; "Anda sepatutnya mempunyai kebolehlihatan mengenai aktiviti-aktiviti penukar berhubung langkah itu," kata beliau.
Sementara itu, Bapak Kiagus berkata di Indonesia, mata wang digital tidak diiktiraf sebagai mata wang dan pada masa ini pengawal selia mereka masih memikirkan mengenai dasar bagi pemain industri.
Mengulas trend seterusnya pembiayaan keganasan pada masa akan datang, Abd Rahman berkata Bank Negara telah mengenal pasti kawasan-kawasan di dalam dan di luar negara sebagai berisiko tinggi bagi jenayah ini.
"Kita telah berkongsi ini dengan institusi pelapor supaya mereka lebih berhati-hati ketika melakukan transaksi di tempat tersebut. Tetapi sekali lagi, ia sentiasa berubah dan perubahan sentiasa mewajarkan kita untuk segera bertindak dan langkah-langkah mitigasi dilaksanakan dengan segera yang kita harus usahakan secepat mungkin," kata beliau.
Abd Rahman percaya bahawa apabila ada seseorang di rantau itu mendakwa sebagai emir (pemimpin) Daesh yang baharu, perkara itu perlu diberi fokus dan harus menjadi perhatian utama bagi unit perisikan pembiayaan.
Mengenai penubuhan Kumpulan Anti Pembiayaan Keganasan Asia Tenggara (SEA CTFWG), Clark berkata kumpulan kerja itu akan memberi tumpuan kepada usaha-usaha yang telah dijalankan terutama bagaimana menggerakkan kerjasama di seluruh rantau ini.
"Ini memerlukan banyak perkongsian maklumat dan kerjasama. Pada masa ini, kami menyedari bahawa ada cara baharu yang boleh kita kaji dalam perkongsian maklumat, bekerjasama dalam kumpulan kerja ini," kata beliau.
Semalam, Menteri Keadilan Australia Michael Keenan semasa sidang kenuncak tersebut, mengumumkan penubuhan kumpulan baharu terdiri daripada negar-negara di seluruh Asia Tenggara bagi melumpuhkan kumpulan pengganas, sumber pembiayaan mereka, pergerakan dan penggunaan dana serta pembiayaan ekonomi mereka di rantau itu.
Sidang kemuncak selama empat hari yang bermula Isnin, menghimpunkan lebih 350 pakar dan profesional dari organisasi antarabangsa untuk berkongsi cerapan mengenai isu dan perkembangan pembiayaan keganasan terkini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2017

Abd Rahman berkata ramai orang di Malaysia menggunakan mata wang digital untuk tujuan pelaburan daripada menggunakannya sebagai medium pertukaran atau membeli sesuatu yang mereka minat. - Foto Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.

Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".

1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.

Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.

BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.

Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.

RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju

OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.

OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.