KUALA LUMPUR: Tesla, pengeluar automotif elektrik multinasional terkemuka Amerika, mengumumkan pengembangan strategiknya ke pasaran Malaysia melalui Tesla Malaysia Sdn Bhd.
Menurut kenyataan bersama Tesla dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), langkah itu adalah tindak balas langsung kepada inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Syarikat itu akan memperkenalkan barisan kenderaan elektrik (EV) yang canggih kepada pengguna Malaysia, bermula dengan Model 3 dan Model Y.
"Memandangkan Tesla berazam untuk memenuhi pelbagai keperluan dan pilihan rakyat Malaysia, lebih banyak modelnya akan diperkenalkan pada masa hadapan.
"Pelanggan Malaysia kini boleh mengakses laman sesawang rasmi Tesla untuk membuat pesanan mereka," katanya.
Tesla juga komited untuk melabur dalam menyediakan rangkaian yang luas stesen pengecasan pantas dan pengecasan biasa merentas lokasi strategik di Malaysia untuk memberikan pemilik EV pengalaman pengecasan yang lancar dan mudah, sekali gus menggalakkan penggunaan EV secara meluas di negara ini.
Syarikat itu akan menubuhkan ibu pejabat dan pusat perkhidmatannya yang tercanggih di Cyberjaya, Selangor untuk semua operasi korporat, pemasaran, latihan, aktiviti sokongan pelanggan dan perkhidmatan kenderaan, dilengkapi dengan alat diagnostik termaju dan kakitangan dengan juruteknik Tesla yang sangat terlatih.
Ia juga akan menubuhkan pusat pengalaman di kawasan metropolitan utama di seluruh Malaysia, memberikan pelanggan pengalaman secara langsung memandu model EV terkini.
"Pusat-pusat ini akan berfungsi sebagai ruang interaktif untuk bakal pembeli mendapatkan pandangan tentang faedah mobiliti elektrik dan menerima bantuan peribadi daripada wakil jualan Tesla yang berpengetahuan," katanya.
Sementara itu, MITI berkata ia memberi tumpuan kepada mentransformasikan landskap perindustrian dan pelaburan Malaysia bukan sahaja untuk menarik syarikat seperti Tesla bagi membantu meningkatkan kedudukan pembekal domestik dalam rantaian nilai global, tetapi juga membuka peluang ekonomi baharu yang 'lebih hijau' dan mewujudkan pekerjaan bergaji lebih tinggi untuk rakyat Malaysia.
"Kehadiran Tesla di sini akan membantu meningkatkan kelayakan Malaysia di pentas global sebagai negara yang menyokong perniagaan dan pelaburan, dan kita mengalu-alukan lebih ramai pelabur multinasional yang berkongsi visi kita untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan, seimbang dan inklusif untuk negara kita," kata Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
MIDA telah meluluskan 58 projek berjumlah RM26.2 bilion dalam industri EV dan ekosistem berkaitannya dari 2018 hingga Mac 2023.
Sementara itu, pengarah serantau Tesla Isabel Fan berkata misi syarikat adalah untuk mempercepatkan peralihan dunia kepada tenaga mampan, dan ia berazam untuk membantu memacu masa depan yang lebih hijau untuk Malaysia.
Di bawah Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) 2021-2030, Malaysia menyasarkan untuk memastikan kenderaan EV termasuk hibrid (xEV) menyumbang sekurang-kurangnya 15 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) menjelang 2030 dan 38 peratus daripada TIV menjelang 2040, serta 10,000 unit kemudahan pengecasan menjelang 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong (dua, kanan) hadir pada majlis pelancaran rasmi produk Tesla di Pavilion, Kuala Lumpur, 20 Julai 2023. - Foto Facebook MIDA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jualan tahunan kereta elektrik Tesla merosot buat kali pertama
Penghantaran untuk 2024 adalah 1.79 juta unit, 1.1 peratus lebih rendah daripada tahun sebelumnya, di bawah anggaran 1.806 juta unit.

Eve Energy di Kedah diuar-uar jadi pembekal bateri ke-6 Tesla
Menurut laporan LatePost, kilang Eve Energy di Malaysia dijangka mula membekalkan bateri simpanan tenaga kepada Tesla US pada 2026.

Tesla catat nilai pasaran melebihi AS$1 trilion selepas Trump menang
Tesla, syarikat milik Elon Musk mencatat nilai pasaran saham melebihi AS$1 trilion pada Jumaat, buat kali pertama sejak 2022.

Tesla jual figura mini robot Optimus
Dari segi saiz, ia adalah pada skala 1:10 saiz Optimus sebenar. Ia hadir dengan aksesori dermaga pengecas dan juga sebatang tukul Cyberhammer.

Tesla buka pusat servis di Pulau Pinang
Ini akan menjadi pusat servis kedua Tesla di Malaysia selepas yang pertama di premis sama dengan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.

Kerjasama bersama Tesla bakal pacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau - Tengku Zafrul
Kerjasama bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla dijangka dapat memacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau di rantau ini.

Wakil Tesla temui MITI 22 Ogos, bincang rancangan pelaburan di Malaysia - Tengku Zafrul
Persetujuan dengan Tesla sebelum ini adalah untuk melabur dalam ekosistem pengecasan, penyelidikan dan pembangunan serta sektor lain yang berkaitan.

Pembangunan ekosistem EV di Malaysia perlukan pemain EV global seperti Tesla - Tengku Zafrul
Pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia memerlukan penyertaan pemain EV global seperti Tesla.

Tesla sedang rugi, Malaysia tidak begitu terjejas - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu adalah disebabkan syarikat Elon Musk itu sedang mengalami kerugian yang besar, dan tidak mampu bersaing dengan industri EV China.

Tesla tidak pernah buat komitmen buka kilang di Malaysia - Tengku Zafrul
Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.