Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan saham milik kerajaan negeri dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) tidak akan dijual memandangkan tiada keperluan berbuat demikian.
Beliau berkata pelaburan yang dibuat melalui Yayasan Islam Terengganu (YIT) itu menggunakan keuntungan daripada pelaburan YIT sebelum ini tanpa melibatkan dana kerajaan negeri atau pinjaman daripada mana-mana pihak.
"Kenapa perlu nak jual saham itu? kita dapat dividen setiap tahun, kalau kita teruskan lagi simpan, akhirnya akan dapat balik modal dan saham itu adalah aset dan pelaburan yang boleh membantu generasi akan datang.
"Kerajaan negeri tidak akan terikut-ikut pihak lain yang menjual saham FGV kerana tiada keperluan berbuat demikian, sebaliknya akan terus simpan saham itu sebagai pelaburan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat, Naraza Muda yang meminta kerajaan Terengganu menjual semua kepentingan dalam FGV bagi mengurangkan risiko kerugian lebih besar.
BACA: FGV yakin kembali untung tahun ini
BACA: Tahun paling mencabar berakhir, muncul lebih kukuh pada 2017 - FGV
Sementara itu, YIT dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya bersedia memberi masa kepada pengurusan baharu Felda untuk mempertingkatkan semula prestasi FGV.
YIT sehingga kini telah menerima dividen berjumlah RM7.26 juta daripada FGV.
YIT turut berkata, nilai aset semasa syarikat iaitu RM1.70 sesaham tidak mencerminkan nilai sebenar saham FGV dan saham itu akan memberi perkembangan positif sedikit masa lagi.
"Kami yakin di bawah pengurusan baharu, FGV akan mampu memberi dividen yang lebih tinggi pada masa depan berdasarkan harga MSM (minyak sawit mentah) yang telah meningkat melebihi RM3,000 setan dan harga FGV telah meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.90," menurut YIT.
Menurut YIT, pihaknya telah memperoleh keuntungan melebihi RM200 juta sejak 1990 hingga 2016 melalui pelaburannya.
Pada 2016, YIT meraih keuntungan sebanyak RM12.3 juta dan ia dijangka mencatat keuntungan sekurang-kurangnya RM10 juta pada 2017, menurut YIT.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2017
![Terengganu tidak akan jual saham dalam FGV - Ahmad Razif Terengganu tidak akan jual saham dalam FGV - Ahmad Razif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81471443048_AhmadRazif.jpg)
AHMAD RAZIF: Saham milik kerajaan negeri dalam FGV tidak akan dijual memandangkan tiada keperluan berbuat demikian. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Dakwaan wakil rakyat BN Terengganu sertai PPBM hanya provokasi - MB Dakwaan wakil rakyat BN Terengganu sertai PPBM hanya provokasi - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81461998418_DatukAhmadRazif.jpg)
Dakwaan wakil rakyat BN Terengganu sertai PPBM hanya provokasi - MB
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan dakwaan pembangkang kononnya beberapa ADUN dan ahli Parlimen BN akan berpaling tadah.
![Terengganu tidak akan jual saham dalam FGV - Ahmad Razif Terengganu tidak akan jual saham dalam FGV - Ahmad Razif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81471443048_AhmadRazif.jpg)
Terengganu tidak akan jual saham dalam FGV - Ahmad Razif
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan saham milik kerajaan negeri dalam FGV tidak akan dijual memandangkan tiada keperluan berbuat demikian.
![MB Terengganu terjatuh kuda, semua program MB ditangguh - Pejabat MB MB Terengganu terjatuh kuda, semua program MB ditangguh - Pejabat MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81471443048_AhmadRazif.jpg)
MB Terengganu terjatuh kuda, semua program MB ditangguh - Pejabat MB
Pejabat Menteri Besar Terengganu menangguhkan semua program melibatkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
![Kerajaan Terengganu umum bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir Kerajaan Terengganu umum bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/41483522316_MBTerengganu.jpg)
Kerajaan Terengganu umum bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir
Kerajaan Terengganu akan memberikan bantuan sekali beri berjumlah RM1,000 kepada setiap keluarga yang dilanda bencana banjir di negeri itu baru-baru ini.
![Banjir di Terengganu terus beransur pulih Banjir di Terengganu terus beransur pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51483633194_MBRazif.jpg)
Banjir di Terengganu terus beransur pulih
Terengganu terus menunjukkan penurunan apabila tinggal 2,489 mangsa daripada 657 keluarga sahaja ditempatkan di 32 pusat pemindahan di seluruh negeri itu setakat jam enam petang Khamis.