Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan dakwaan pembangkang kononnya beberapa anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen Barisan Nasional (BN) akan berpaling tadah.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri itu, berkata dakwaan tersebut hanya satu provokasi yang cuba dilemparkan kepada BN bagi menutup kepincangan yang berlaku dalam kalangan pihak pembangkang.
"Ini seumpama kes Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) yang mendakwa kononnya ada menteri kanan yang akan letak jawatan. Tapi kemudian kita dapat tahu, empat wakil rakyat DAP Melaka yang keluar parti.
"Sebenarnya mereka berbuat demikian untuk tutup isu dalaman pembangkang dengan menuding jari kepada pihak lain. Saya nasihatkan pembangkang cukup-cukuplah dan jangan cetuskan provokasi sebab BN Terengganu tidak ambil peduli hal ini...apa yang penting sekarang kita akan terus berkhidmat untuk kepentingan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi DUN Seberang Takir, dan menyampaikan bantuan kepada penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini hari ini.
Ahmad Razif mengulas dakwaan di media sosial yang tular berhubung empat ADUN dan seorang Anggota Parlimen BN di negeri ini, yang dikatakan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Dalam pada itu, mengenai projek mega pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), Ahmad Razif berkata terdapat beberapa pindaan dilakukan terhadap stesen-stesen terlibat dengan mengambil kira kawasan tarikan pelancong dan kawasan perindustrian di negeri ini.
Perubahan tersebut, beliau berkata tidak mengganggu laluan asal serta tidak melibatkan kos tambahan terhadap projek bernilai RM55 bilion itu yang dijangka dimulakan Julai depan.
Katanya pindaan itu melibatkan lima stesen, dari Kampung Raja, Besut ke Chukai, Kemaman dengan membabitkan destinasi baharu Kuala Nerus, Kuala Telemong, Pengkalan Berangan dan Kemasik.
Perubahan itu juga termasuk pembatalan stesen Bukit Besar berikutan faktor pembangunan dan sudut jajaran tidak sesuai dengan kelajuan kereta api di samping pertambahan empat 'spur line' sejauh 71 kilometer, sekali gus menjadikan jarak keseluruhan jajaran 298 kilometer berbanding jarak asal 234 kilometer.
"Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco mingguan semalam, yang menetapkan stesen Ajil akan digantikan dengan stesen Pengkalan Berangan (daerah Marang) bersambung ke Telemong dan terus ke Tasik Kenyir.
"Laluan ECRL tersebut juga akan melalui stesen Bukit Besi yang mempunyai pelancongan warisan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017

Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan dakwaan pembangkang kononnya beberapa ADUN dan ahli Parlimen BN akan berpaling tadah. - fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.

DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.

Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.

Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.

Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.