KUALA LUMPUR: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Yayasan Peneraju (YP) dan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) akan memainkan peranan yang khusus di dalam ekosistem keusahawanan Bumiputera menerusi penjajaran semula ketiga-tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal seliaan Kementerian Ekonomi.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, YP berfokus kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera manakala TERAJU akan bertindak sebagai super-scaler dalam memacu pertumbuhan dan memperluaskan skala Syarikat Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi dan kompetitif di arena global.
Ekuinas pula katanya, akan terus memacu penciptaan kekayaan dan penglibatan ekonomi Bumiputera melalui pemilikan ekuiti korporat dengan ketiga-tiga agensi terlibat telah diberikan sasaran yang perlu dicapai menjelang 2030 hasil daripada penjajaran semula ini.
"YP perlu menyediakan 10,000 bakat Bumiputera yang bersedia untuk bersaing dan menjadi pemain industri manakala TERAJU pula disasarkan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan berjumlah RM1 bilion menerusi kerjasama dengan sektor swasta serta membangunkan dan meningkatkan keupayaan sebanyak 1,000 syarikat.
"Ekuinas akan menyokong lebih banyak syarikat usahawan Bumiputera yang mempunyai rekod prestasi dan keuntungan yang cemerlang. Melalui dana berjumlah RM800 juta, Ekuinas akan melabur bagi menyokong pertumbuhan syarikat-syarikat ini, memastikan mereka terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih besar di pasaran,” katanya ketika berucap pada Majlis Menskalakan Penciptaan Nilai Bumiputera di Cyberjaya hari ini.
Majlis itu dihadiri lebih daripada 500 orang termasuk wakil perusahaan Bumiputera pelbagai saiz, pemimpin korporat, syarikat berkaitan Kerajaan, dan agensi Kerajaan.
Sementara itu, menurut Rafizi, penjajaran semula strategi dan pelaksanaan bagi TERAJU, YP dan Ekuinas dilaksanakan setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan melalui sesi libat urus yang telah dijalankan awal tahun ini.
Katanya, inisiatif penjajaran semula ini juga dilakukan susulan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) yang telah menggariskan strategi untuk memperkukuh peranan agensi mandat Bumiputera dalam penyampaian agenda Bumiputera.
"Kerjasama erat antara syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) serta agensi Kerajaan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Bumiputera.
"Namun, kerjasama pintar antara sektor awam dan swasta dijangka dapat membentuk ekosistem keusahawanan Bumiputera yang lebih padu, menyeluruh, dan efisien ke arah pembangunan ekonomi Bumiputera yang lebih saksama,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YP, Ibrahim Sani berkata, Yayasan Peneraju berperanan sebagai bank bakat untuk mengenal pasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera menerusi 3 kategori iaitu – Pemimpin Profesional, Pemimpin Perniagaan dan Pemimpin Komuniti.
"Ini dengan matlamat untuk membangunkan kelas Pencipta Nilai Bumiputera. Bakat-bakat Bumiputera ini seterusnya berpeluang disalurkan ke ekosistem TERAJU dan Ekuinas,” jelasnya.
Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Junady Nawawi pula berkata, TERAJU berperanan sebagai super-scaler dalam memangkin pertumbuhan perusahaan Bumiputera bermula daripada tahap permulaan (start-up) sehingga pertengahan, dengan menekankan aspek peningkatan keupayaan, pengukuhan daya saing dan penskalaan dalam sektor baharu yang berpotensi tinggi.
Kata beliau, usaha ini akan dilaksanakan menerusi pendekatan yang lebih efektif seperti Kerjasama Salingan, Pembelian Langsung Pengurusan dan Penggabungan dan Pengambilalihan yang akan disokong oleh program pembiayaan dan pemudahcaraan.
"Program pembiayaan meliputi pembiayaan hutang dan pembiayaan ekuiti, manakala program pemudahcaraan pula akan memfokuskan kepada Depositori Korporat Bumiputera serta Khidmat Rundingan dan Nasihat.
"Dengan ini, perusahaan-perusahaan Bumiputera ini akan dilonjakkan skalanya supaya dapat disambut oleh EKUINAS untuk dikembangkan ke peringkat seterusnya," ujarnya.
Dalam menerangkan peranan Ekuinas, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir berkata, Ekuinas akan terus memacu pertumbuhan syarikat-syarikat peneraju Bumiputera di peringkat pertengahan melalui model pelaburan Dana Persendirian yang sedia ada.
Di samping itu, katanya, Ekuinas akan memperkenalkan suatu program pelaburan baharu iaitu Kredit Persendirian, sebuah skim pinjaman langsung, yang akan menggandingi program pelaburan PE bagi menyediakan spektrum pembiayaan yang lebih lengkap.
"Program pelaburan baharu ini akan memberikan sokongan yang diperlukan untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing perusahaan Bumiputera di peringkat nasional dan antarabangsa.
"Ekuinas juga akan memperkenalkan Dana Asas II, sebagai kesinambungan kepada Dana Asas yang telah dilancarkan pada Mac 2023 untuk memperkasakan perusahaan Bumiputera peringkat pertengahan.
"Dana Asas II juga mampu menyokong syarikat-syarikat berkelayakan yang telah dipupuk oleh TERAJU untuk berkembang ke tahap yang lebih tinggi,” katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Mon May 20 2024
![TERAJU, Yayasan Peneraju, Ekuinas diberi peranan khusus dalam ekosistem keusahawanan Bumiputera - Rafizi TERAJU, Yayasan Peneraju, Ekuinas diberi peranan khusus dalam ekosistem keusahawanan Bumiputera - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716179080_RafiziRamli.jpg)
![SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738669058_tbSPRM.jpg)
SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Isu garis panduan JAKIM hangatkan sesi Parlimen
"Cadangan menetapkan garisan panduan bukan saja bertentangan dengan semangat perpaduan negara, malah akan memperdalam jurang antara kaum serta agama," kata Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dua warga Indonesia mengaku tidak bersalah miliki dan jual senjata
Dua lelaki Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth diatas pertuduhan berdagang senjata api.
22 individu mengaku tidak bersalah tuduhan jenayah terancang
22 individu dikaitkan dengan GISB, termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.
![Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739158919_DonaldTrump.jpg)
Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mempercepat pengurangan besar-besaran tenaga kerja persekutuan.
![Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/41511783671_Travelluggage.jpg)
Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb
Airbnb memberi amaran bahawa golongan muda lebih berisiko terdedah kepada penipuan di media sosial.
![Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739348507_tbGDragonKPop.jpg)
Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun
Bintang K-Pop G-Dragon bakal memulakan jelajah dunia yang pertama dalam tempoh lapan tahun dengan dua konsert di Goyang, barat laut Seoul bulan depan, lapor agensi berita Yonhap pada Rabu.
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028 Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739245374_haosek.jpg)
Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.
![Perdasama terus mainkan peranan majukan usahawan Bumiputera Perdasama terus mainkan peranan majukan usahawan Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735393776_MohdAzamanizamBaha.jpg)
Perdasama terus mainkan peranan majukan usahawan Bumiputera
Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) akan terus memainkan peranan sebagai pelengkap dan jambatan penghubung antara kerajaan dan usahawan bumiputera.
![Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675186355_TBMiti.jpg)
Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera
Mana-mana syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan
![Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709374460_TBANWAR.jpg)
Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion bagi melahirkan generasi baharu usahawan bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi.
![Permohonan sijil halal dalam kalangan Bumiputera meningkat Permohonan sijil halal dalam kalangan Bumiputera meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41685870480_TBnaimmokhtar.jpg)
Permohonan sijil halal dalam kalangan Bumiputera meningkat
Jakim sentiasa menggalakkan pemain industri dalam kalangan Bumiputera terutama yang beragama Islam, untuk memohon sijil berkenaan.
![Usahawan Bumiputera perlu lebih proaktif, progresif tingkatkan kemahiran - Abdul Latiff Usahawan Bumiputera perlu lebih proaktif, progresif tingkatkan kemahiran - Abdul Latiff](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634045926_AbdulLatiffAhmad.jpg)
Usahawan Bumiputera perlu lebih proaktif, progresif tingkatkan kemahiran - Abdul Latiff
Usahawan Bumiputera perlu lebih proaktif dan progresif dalam meningkatkan kemahiran perniagaan dan industri masing-masing.
![90 peratus usahawan Bumiputera berdepan risiko muflis - DPMM 90 peratus usahawan Bumiputera berdepan risiko muflis - DPMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629534126_TBHALIMHUSSINjpg.jpg)
90 peratus usahawan Bumiputera berdepan risiko muflis - DPMM
Abd Halim Husin, berkata semua usahawan terbabit terjejas teruk sehingga ada yang kehilangan sumber pendapatan.
![UDA peruntuk insentif RM10 juta bantu penyewa terkesan COVID-19 UDA peruntuk insentif RM10 juta bantu penyewa terkesan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81591494530_JALALUDDINALIAS.jpg)
UDA peruntuk insentif RM10 juta bantu penyewa terkesan COVID-19
UDA Holdings Berhad (UDA) memperuntukkan insentif sebanyak RM10 juta bagi membantu kira-kira 1,500 usahawan bumiputera yang menyewa dan berniaga di premis pusat beli-belah seliaanya.
![Teraju bantu usahawan bumiputera dalam pelbagai sektor - Mustapa Teraju bantu usahawan bumiputera dalam pelbagai sektor - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71580575317_TERAJU.jpg)
Teraju bantu usahawan bumiputera dalam pelbagai sektor - Mustapa
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan membantu usahawan bumiputera dalam pelbagai sektor yang diceburi mereka, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.
![Mara perlu jadi perintis industri teknologi tinggi, canggih - Ismail Sabri Mara perlu jadi perintis industri teknologi tinggi, canggih - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61447081996_IsmailSabri.jpg)
Mara perlu jadi perintis industri teknologi tinggi, canggih - Ismail Sabri
Penerokaan aktif dalam industri berkenaan boleh membangunkan usahawan dan modal insan hingga ke taraf dunia.