UDA Holdings Berhad (UDA) memperuntukkan insentif sebanyak RM10 juta bagi membantu kira-kira 1,500 usahawan bumiputera yang menyewa dan berniaga di premis pusat beli-belah seliaanya, di bandar-bandar utama seluruh negara.
Pengerusinya Datuk Jalaluddin Alias berkata, sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, UDA bertanggungjawab membantu usahawan bumiputera, khususnya ketika negara sedang berdepan dengan penularan pandemik COVID-19.
Katanya, antara pusat beli-belah seliaan UDA iaitu Angsana Mall Johor Bahru, Angsana Mall Ipoh, Angsana Seremban dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur.
"Insentif tersebut adalah seperti pengecualian satu bulan sewa kepada penyewa yang menjual barangan tidak perlu, 50 peratus diskaun kepada penyewa yang menjual barangan perlu, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Selain itu, pengurangan sewa 20 peratus turut diberikan kepada penyewa setelah tamat tempoh PKP sehingga September manakala penyewa tetap dibenarkan mempunyai sewa tertunggak selama tiga bulan sehingga 30 Sept nanti," katanya kepada pemberita selepas program Korban Perdana UDA di (UTC) Seremban di sini, pada Ahad.
Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berharap, menerusi insentif ini ia dapat merangsangkan perniagaan dan ekonomi usahawan berkenaan.
Sempena program tanggungjawab sosial korporat UDA Cares-Enriching Life itu, 50 asnaf miskin dan ahli komuniti masing-masing menerima sekilogram daging korban yang disampaikan Jalaluddin.
"Sumbangan ini adalah antara usaha UDA menyantuni komuniti setempat dan dalam masa sama mengukuhkan ukhwah sesama ahli komuniti," katanya.
Program Korban Perdana UDA 2020 itu dijalankan serentak di seluruh negara mulai Jumaat sehingga hari ini, menyasarkan surau dan masjid terpilih di beberapa negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 02 2020

Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berharap, menerusi insentif ini ia dapat merangsangkan perniagaan dan ekonomi usahawan berkenaan. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kerajaan beri insentif bagi pembangunan infrastruktur pengecas EV - MITI
Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.

Lebih RM4 juta insentif diberi kepada atlet SUKMA, Para SUKMA Sarawak
Abang Johari berkata insentif tertinggi adalah kepada atlet Para SUKMA melibatkan RM2.26 juta, manakala atlet SUKMA berjumlah RM1.84 juta.

Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.

SUKMA 2024: Premier beri bayangan insentif atlet Sarawak lebih 'baik'
Abang Johari beri bayangan insentif bakal diterima oleh atlet tuan rumah yang berjaya menyumbang pingat di 2024 adalah lebih 'baik.'

3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.

Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.

Skuad hoki 5s terima insentif RM80,000
Perkara itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, ketika ditemui wartawan Astro Arena hari ini.

Peruntukan RM300,000 untuk 1,000 atlet Pahang
Bayaran RM300 secara sekali beri itu diberikan kepada atlet yang sedang menjalani latihan sama ada di dalam mahupun luar negeri.

Kerajaan Terengganu umum insentif RM15,000 kepada Qabil Irfan
Insentif itu juga sebagai galakan kepada pelumba cilik lain untuk mengikuti jejak langkah dan kecemerlangan Qabil Irfan.

Penjawat awam Selangor wajar dapat insentif setanding pencapaian negeri - Amirudin
Menteri Besar Selangor membayangkan penjawat awam negeri itu bakal menerima insentif setanding pencapaian kerajaan negeri.