JAKARTA: Penyedia perkhidmatan televisyen satelit berbayar Indonesia, PT MNC Vision Networks Tbk (IPTV) akan memasuki pasaran Malaysia tahun ini, kata pengarah utamanya Ade Tjendra.
Anak syarikat konglomerat MNC Group yang beribu pejabat di Jakarta Pusat itu mempunyai lebih 11.5 juta pelanggan di Indonesia.
IPTV bakal menawarkan perkhidmatan televisyen berbayar dan pengedaran kandungan menggunakan teknologi terus ke rumah (DTH).
"Potensi pasaran cukup besar memandangkan masih belum terlalu banyak pemain kandungan televisyen di Malaysia," kata Ade seperti dipetik portal berita, iNews.id.
Menurut Ade, persamaan aspek budaya antara masyarakat di kedua-dua negara memudahkan IPTV untuk menyesuaikan jenis kandungan yang diperlukan.
Perbelanjaan modal pula tidak diperlukan kerana syarikat memanfaatkan liputan satelit sedia ada yang merangkumi kawasan sekitar pulau Sumatera, katanya.
Beliau berkata, pengembangan operasi di Malaysia akan dilaksanakan secara kerjasama dengan penyedia perkhidmatan aplikasi kandungan Malaysia, Ansat Broadcast Sdn Bhd.
Kedua-dua pihak telahpun memeterai lembaran terma perjanjian usaha sama (JV) yang ditandatangani Hary dan pengerusi eksekutif Ansat Broadcast Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun di sini pada Disember tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023

IPTV bakal menawarkan perkhidmatan televisyen berbayar dan pengedaran kandungan menggunakan teknologi terus ke rumah. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Syarikat satelit TV Indonesia IPTV lebarkan sayap ke Malaysia tahun ini
Anak syarikat konglomerat MNC Group yang beribu pejabat di Jakarta Pusat itu mempunyai lebih 11.5 juta pelanggan di Indonesia.

Ingin jimat, suami isteri rugi RM10,000 kerana aplikasi IPTV
Dia bercadang untuk menamatkan langganan Astro dan berpindah kepada perkhidmatan IPTV yang diiklankan di laman media sosial.

Astro-Maxis IPTV tawar pelan lebih berbaloi serendah RM89
Pelanggan boleh menikmati 30Mbps pada RM89 sebulan atau 100Mbps pada RM129 sebulan, untuk pakej saluran Astro serendah RM39.95 sebulan.