KUALA LUMPUR: Saham Supermax Corp Bhd susut hampir 9% dalam dagangan pagi ini selepas Amerika Syarikat (AS) menyekat produk sarung tangan getahnya susulan dakwaan penggunaan buruh paksa.
Setakat 11.22 pagi Khamis, harga sahamnya susut 20 sen atau 8.89% kepada RM2.05 dengan 53.23 juta saham diniagakan.
Dalam kenyataan pada Rabu, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) mengeluarkan perintah tahan pelepasan (WRO) terhadap Supermax Corp dan anak-anak syarikatnya berdasarkan maklumat yang secara munasabah mengenai dakwaan penggunaan buruh paksa dalam operasi pengeluaran.
CBP berkata, pihaknya mengenal pasti 10 indikator Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) terhadap penggunaan buruh paksa ketika menjalankan siasatan.
Pemangku Pesuruhjaya CBP, Troy Miller berkata, WRO yang dikeluarkan itu dapat membantu melindungi pekerja yang terjejas.
"CBP adalah peneraju global dalam penguatkuasaan buruh paksa dan kami akan terus mengecualikan produk yang dihasilkan oleh perhambaan moden daripada memasuki AS," katanya dalam kenyataan berkenaan.
Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Eksekutif Pejabat Perdagangan CBP, AnnMarie R. Highsmith berkata, 10 daripada 11 petunjuk buruh paksa yang dikenalpasti semasa siasatan dijalankan, CBP mempunyai banyak bukti untuk menyimpulkan bahawa Supermax Corp. dan anak-anak syarikatnya menghasilkan sarung tangan getah yang melanggar undang-undang perdagangan AS.
"Sehingga Supermax Corp. dan anak-anak syarikatnya dapat membuktikan proses pengeluarannya bebas daripada penggunaan buruh paksa, produk mereka tidak akan diterima di sini," tegas beliau.
Supermax Corp. adalah syarikat keempat Malaysia yang berdepan larangan tersebut sejak 15 bulan lalu.
Sebelum ini, sekatan yang sama menimpa FGV Holdings Bhd., Sime Darby Plantation Bhd. dan Top Glove Corp. Bhd.
Bagaimanapun, Top Glove kemudiannya dibenarkan mengeksport semula sarung tangan getahnya ke AS, berikutan pengubahsuaian penemuan oleh CBP berkuat kuasa 10 September lalu.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Oct 22 2021

Saham Supermax Corp Bhd susut hampir 9% dalam dagangan pagi ini selepas Amerika Syarikat (AS) menyekat produk sarung tangan getahnya susulan dakwaan penggunaan buruh paksa. -Dagang News

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

CGS-CIMB jangka Supermax akan terus catat prestasi lemah pada suku kedua FY23
Syarikat pengeluar sarung tangan getah itu masih berdepan dengan kelemahan dari segi jumlah jualan.

Supermax Corp pula disekat AS, harga saham merosot hampir 9%
CBP berkata, pihaknya mengenal pasti 10 indikator Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) terhadap penggunaan buruh paksa ketika menjalankan siasatan.