KUALA LUMPUR: Supermax Corp. Bhd. dijangka merekodkan prestasi lemah pada suku kedua bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 (FY23) sebelum menyaksikan peningkatan semula pada suku keempat.
Menurut CGS-CIMB Research, syarikat pengeluar sarung tangan getah itu masih berdepan dengan kelemahan dari segi jumlah jualan dan harga jualan purata (ASP) mengakibatkan keuntungan bersihnya pada suku pertama susut 99.1% kepada RM5.71 juta daripada RM638.52 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Katanya, ia berikutan persaingan harga yang sengit dalam sektor sarung tangan getah global apabila pemain industri meningkatkan kapasiti secara agresif, sedangkan permintaan global lemah.
"Bagaimanapun, kami menjangkakan jumlah jualan dan ASP akan menampakkan peningkatan bermula suku keempat FY23 memandangkan masalah lebihan stok semakin berkurangan, yang akan menyaksikan dinamik permintaan dan bekalan lebih baik," katanya dalam nota kajian hari ini.
Dalam laporan kewangan yang diumumkan semalam, pendapatan Supermax pada suku pertama berakhir 30 September 2022 juga susut 83% kepada RM247.96 juta daripada RM1.46 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Bagi suku ke suku, ia juga mencatat penurunan 17.5% daripada RM300.23 juta pada suku keempat FY22 manakala untung bersih juga susut 82.7% daripada RM33.05 juta pada suku berkenaan.
Supermax menyedari ASP berada pada paras tertinggi mereka dan kekal pada paras rendah semasa menghadapi persaingan sengit daripada pengeluar China, yang mengurangkan harga dalam pasaran untuk mendapatkan bahagian pasaran.
Jualannya juga terus terjejas ekoran perintah pelepasan penahanan (WRO) yang dikenakan oleh Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (AS) sejak Oktober 2021, menjejaskan usaha kumpulan untuk mengimport penghantaran kos rendah baharu kepada menurunkan purata kos inventori.
CGS-CIMB Research berkata, Supermax kemungkinan boleh tergelincir dengan mencatat kerugian bersih jika tidak kerana kesan ringgit yang lebih lemah (keuntungan kadar tukaran asing sebanyak RM44 juta pada suku pertama FY23).
"Kami tidak menganggap ini berlaku sekali sahaja kerana eksport adalah penting dalam perniagaan sarung tangan getah. Malah, kumpulan juga kebiasaannya tidak mengamalkan aktiviti lindung nilai," jelasnya.
Firma itu mengurangkan unjuran pendapatan sesaham (EPS) Supermax bagi FY23 hingga FY25 sebanyak 24 hingga 70.7% berikutan jumlah jualan yang lebih rendah, penurunan berterusan ASP dan output pengeluaran lebih rendah.
"Namun, kami mengekalkan saranan 'kurang' terhadap Supermax dengan harga sasaran dinaikkan kepada 70 sen daripada 50 sen sesaham sebelum ini kerana kami memulakan penilaian bagi akhir 2023," katanya.
Setakat 9.05 pagi ini, harga sahamnya susut 1.5 sen atau 1.65% kepada 89.5 sen dengan 222,800 saham diniagakan. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Nov 23 2022
Pendapatan Supermax pada suku pertama berakhir 30 September 2022 juga susut 83% kepada RM247.96 juta daripada RM1.46 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya. - Dagang News
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
CGS-CIMB jangka Supermax akan terus catat prestasi lemah pada suku kedua FY23
Syarikat pengeluar sarung tangan getah itu masih berdepan dengan kelemahan dari segi jumlah jualan.
Supermax Corp pula disekat AS, harga saham merosot hampir 9%
CBP berkata, pihaknya mengenal pasti 10 indikator Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) terhadap penggunaan buruh paksa ketika menjalankan siasatan.