KUALA LUMPUR: Sektor pembinaan dan bangunan di Malaysia dijangka bergerak ke arah memenuhi agenda pembangunan hijau sejajar dengan hasrat untuk mencapai bebas karbon menjelang 2050.
Penganalisis CGS-CIMB, Ngo Siew Ting berkata, pihak berkepentingan dalam sektor tersebut dilihat akan menerima keperluan bangunan hijau secara beransur-ansur kerana meningkatnya fokus kepada kemampanan daripada pelabur hartanah dan kod tenaga yang lebih ketat daripada pembuat dasar bagi menangani perubahan iklim.
Katanya, ia akan menyaksikan terdapatnya keperluan untuk melaksanakan dekarbonisasi dalam projek pembinaan menerusi beberapa langkah antaranya, melaksanakan kod tenaga mandatori bangunan dan memperoleh pensijilan hijau bagi projek atau bangunan.
"Di samping itu, ini boleh dilaksanakan dengan meningkatkan penggunaan sistem bangunan perindustrian (IBS) dalam projek pembinaan dan memperluaskan bahan binaan mesra alam.
"Dalam hal ini, kami percaya, pemain industri hartanah akan mengutamakan bangunan perindustrian atau komersial hijau memandangkan kebolehpasaran dan harga premium jualan yang lebih tinggi, kerana syarikat perlu menangani isu berkaitan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan pada masa sama mengurangkan pelepasan karbon.
"Tetapi, bangunan kediaman hijau mungkin tidak berupaya mencapai harga jualan premium kerana pembeli rumah dalam pasaran yang luas begitu sensitif dengan harga hartanah," katanya dalam nota kajian semalam.
Berdasarkan semakan yang dijalankannya, kos premium bagi pembinaan bangunan hijau berada dalam julat antara 0 hingga 14 peratus berbanding bangunan konvensional.
Malah, kajian empirikal yang diterbitkan Knight Frank dan MDPI turut menunjukkan bangunan komersial hijau mampu memperoleh jualan premium yang lebih tinggi berbanding bangunan konvensional.
"Namun, kos premium pembinaan hijau yang lebih tinggi berbanding prajualan premium hijau yang lebih rendah untuk bangunan kediaman sedemikian boleh menjejaskan margin pemaju," jelas beliau.
Siew Teng berkata, pemain sektor hartanah yang memiliki pengalaman dalam mereka bentuk dan memperoleh pensijilan hijau bagi projek atau bangunan mereka serta memiliki kemudahan mengeluarkan IBS, akan meraih manfaat daripada permintaan bangunan dan projek hijau yang semakin meningkat.
"Oleh itu, SP Setia Bhd. dilihat akan mendapat kelebihan ini kerana ia mempunyai pengalaman memperoleh pensijilan hijau dan juga memiliki kilang pengeluaran IBS.
"Di samping itu, Sime Darby Property turut memiliki prospek yang cerah, tambahan pula ia menetapkan matlamat dan pelan tindakan di bawah Matlamat Kemampanan 2030 meliputi aspek pembangunan bangunan hijau," tambahnya.
Secara keseluruhan, CGS-CIMB mengekalkan saranan 'neutral' bagi sektor hartanah setelah mengambil kira isu berkaitan mampu milik, kemungkinan kenaikan kadar faedah dan hartanah tidak terjual masih tinggi.
Bagi SP Setia dan Sime Darby Property pula, firma ini mengekalkan saranan 'tambah' dengan harga sasaran masing-masing pada RM1.81 dan 84 sen.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Wed Dec 08 2021

Pemain industri hartanah akan mengutamakan bangunan perindustrian atau komersial hijau. - Foto DagangNews.com

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan ketidaktentuan global
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini ketika hab kewangan global bersedia dengan pendirian bank pusat minggu ini.

Perjalanan lancar bermula dengan Pennzoil, minyak pelincir terunggul untuk prestasi unggul
Jenama premium yang dibawakan oleh UMW ini komited untuk terus menetapkan standard baharu yang lebih tinggi dalam penjagaan prestasi enjin.

Sime Darby dijenamakan semula sebagai 'Sime'
Selama lebih 100 tahun, kumpulan itu telah menyesuaikan diri dengan pasaran yang sentiasa berkembang, mempamerkan ketangkasan dan daya tahannya.

Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan aktiviti membeli saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah selepas penurunan semalam, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pusat Data Google: Sime Darby Property pemaju tunggal pertama di Malaysia laksana pajakan bina ikut kesesuaian
Pengaturan pajakan unik ini menandakan yang pertama dan satu-satunya yang seumpamanya setakat ini oleh pemaju di Malaysia.

Isu tular Taman Kucing Klang, MBDK nafi abai, aniaya kucing
MBDK menafikan sebarang penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang seperti tular di media sosial.

Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto
Semakan gaji perkhidmatan awam akan datang bakal menguntungkan sektor automobil kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli.

Sime Darby perluaskan kilang pemasangan Porsche di Kulim
Kilang pemasangan Porsche terletak di Inokom, Kulim, Kedah, telah diperbesar dan kini seluas 11,000 meter persegi.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.

Penggunaan EV semakin meningkat, Sime Darby bakal terima manfaat utama
Konglomerat itu mempunyai barisan komprehensif EV hibrid merentasi spektrum jenama, daripada segmen premium dan peringkat pertengahan.