KUALA LUMPUR: Untuk lebih 25 tahun, Pennzoil menjadi jenama minyak pelincir yang diyakini memberikan pengalaman luar biasa dengan prestasi hebat berteknologi tinggi kepada pemandu Malaysia.

Jenama premium yang dibawakan oleh UMW ini komited untuk terus menetapkan standard baharu yang lebih tinggi dalam penjagaan prestasi enjin, memastikan pengguna merasai keunggulannya dari awal hingga akhir.

Selaku syarikat bertaraf dunia, UMW mengeluarkan produk berkualiti tinggi dengan inovasi terkini dan mampan, menepati kehendak piawaian terkini dari segi rumusan, mendapat pengiktirafan global seperti American Petroleum Institute (API) dan daripada pembuat peralatan tulen OEM yang berkenaan.

Dengan adanya kilang di Pulau Indah, Selangor yang mampu menjana penghasilan sehingga 60 juta liter setahun, ia memperkukuhkan lagi komitmen UMW untuk mengangkat Pennzoil sebagai jenama minyak pelincir unggul pilihan rantau ini.

“Kilang kami di Pulau Indah baru sahaja menerima Pensijilan Emas GreenRE Gold yang mengiktiraf inisiatif-inisiatif UMW terhadap kelestarian alam sekitar.

“Pengetahuan pasaran yang kita dapat serta kerjasama utuh yang terjalin dalam rangkaian perniagaan kita memberi iltizam kepada kita untuk memberikan layanan yang lebih efektif dan terbaik kepada pelanggan,” maklum Pengarah Urusan UMW, Mustamir Mohamad.

UMW merupakan salah satu bidang perniagaan Sime (Sime Darby Bhd), dan minyak pelincir adalah salah satu cabang perniagaan di bawah sektor Pembuatan dan Perindustrian.

Kilang UMW di Pulau Indah, Selangor mampu menjana penghasilan sehingga 60 juta liter setahun, ia memperkukuhkan lagi komitmen UMW untuk mengangkat Pennzoil sebagai jenama minyak pelincir unggul pilihan rantau ini.

Selain di Pulau Indah, UMW juga mempunyai sebuah lagi kilang di Guangzhou, China dan kedua-dua kilang ini mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 110 juta liter setahun.

Di China, UMW merupakan pengeluar serta pengedar eksklusif bagi Repsol, jenama minyak pelincir terkemuka dari Sepanyol, sementara Pennzoil menjadi rakan kerjasama UMW di Malaysia yang turut merangkumi pasaran Singapura dan Brunei.

“Pennzoil menduduki tempat ketiga terbesar di Malaysia bagi pasaran Industri dan Komersial, menunjukkan bahawa ia adalah sebuah jenama yang diyakini sejak sekian lama,” jelas Pengarah Bahagian Pembuatan dan Kejuruteraan UMW, Anas Nasrun Mohd Osman.

Untuk terus kekal sebagai jenama pilihan, UMW tampil dengan beberapa strategi, antaranya dengan meluncurkan semula Program Kesetiaan yang ditambah baik dengan faedah yang lebih banyak dan menarik kepada pelanggan, yakni pengedar, yang sedia ada.

Sementara untuk menarik pelanggan baharu, UMW akan memanfaatkan pelbagai saluran, terutamanya platform digital, serta menjalankan program ‘Try & Trust’ yang memberi peluang kepada pelanggan mengalami sendiri kelebihan dan keunggulan produk-produk Pennzoil.

“Melalui program ‘Try & Trust’ ini pelanggan dapat melihat sendiri bagaimana produk Pennzoil berfungsi dan memberikan prestasi sebenar yang tiada tandingannya untuk keadaan pemanduan harian di jalanraya Malaysia, Singapura dan Brunei,” ujar Anas.

Visi yang dikongsi bersama itu mendorong kerjasama panjang antara UMW dengan Pennzoil, yang disandar pada pengalaman dan pengetahuan UMW mengenai pasaran serantau, diperkuat dengan rangkaian pengedar aktif dan setia.

Selain Pennzoil, UMW turut mempunyai jenama minyak pelincir sendiri iaitu GRANTT Lubricants yang telah berada di pasaran sejak 2015, selain menawarkan perkhidmatan pengadunan berkontrak (toll blending) dengan Toyota dan Perodua menjadi antara pelanggan OEMnya.

Untuk lebih 25 tahun, Pennzoil menjadi jenama minyak pelincir yang diyakini memberikan pengalaman luar biasa dengan prestasi hebat berteknologi tinggi kepada pemandu Malaysia.