KUALA LUMPUR:Keadaan di rantau Asia Pasifik (APAC) dijangka lebih baik pada tahun 2021, disokong oleh pemulihan kegiatan ekonomi secara berperingkat berikutan langkah-langkah awal membendung penularan pandemik di beberapa ekonomi Asia, kata Moody's Investors Service.
Dalam satu laporan, Moody's berkata sokongan fiskal dan monetari yang berterusan di kedua-dua pasaran maju dan pesat membangun turut membantu memperbaiki keadaan.
Bagaimanapun, ia maklum langkah sekatan pergerakan semula di beberapa bahagian dunia telah menghentikan pemulihan ekonomi global yang baharu muncul dan menimbulkan ketidakpastian mengenai peningkatan keadaan kredit .
Pegawai Kredit dan Naib Presiden Kanan Kumpulan Moody's Clara Lau berkata trend penarafan bagi syarikat APAC sangat negatif pada tahun 2020, dengan jumlah tindakan penarafan negatif mencapai paras tertinggi 254 berbanding serendah 30 tindakan positif pada tahun ini.
"Trend penarafan negatif agak mereda pada separuh kedua tahun ini, dengan bahagian penarafan dengan implikasi negatif pada 26 peratus akhir 2020 daripada paras tertinggi 29 peratus pada suku kedua 2020, " kata Lau.
Moody's berkata walaupun trend penarafan negatif akan terus mereda pada tahun 2021, keadaan kredit untuk syarikat APAC akan berbeza mengikut sektor dan wilayah/rantau.
Sementara itu Moody's menjangkakan bank-bank pusat kemungkinan mengekalkan kadar faedah pada tahap yang sangat rendah dan terus menyediakan rangsangan fiskal dan monetari, termasuk program pembelian aset dan kemudahan pinjaman untuk bank meningkatkan pinjaman kepada sektor swasta.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 19 2021
Moody's menjangkakan bank-bank pusat kemungkinan mengekalkan kadar faedah pada tahap yang sangat rendah dan terus menyediakan rangsangan fiskal dan monetari. - Gambar fail
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Asia Pasifik perlukan 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun - Airbus
Airbus mengunjurkan sektor penerbangan Asia Pasifik memerlukan kira-kira 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
Malaysia 5 negara teratas APAC ramai pengguna terjejas ancaman dalam talian
Malaysia adalah antara lima negara teratas di rantau Asia Pasifik (APAC) yang mencatatkan pengguna paling ramai terjejas dengan ancaman secara dalam talian.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
Industri runcit catat serangan siber tertinggi di Asia Pasifik - Kaspersky
Industri peruncitan merekodkan jumlah serangan siber tertinggi di rantau Asia Pasifik sejak 24 bulan lepas, kata firma keselamatan global Kaspersky.
COP28: Singapura mampu main peranan utama jana pembiayaan AS$3 trilion capai pelepasan sifar bersih Asia Pasifik 2050
Singapura sebagai pusat kewangan antarabangsa mampu memainkan peranan penting dalam menjana pembiayaan kira-kira AS$3 trilion.
Jumlah kargo syarikat penerbangan Asia Pasifik naik 4.9 peratus pada Ogos 2023
Syarikat penerbangan Asia Pasifik menyaksikan jumlah kargo udara mereka, yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK), naik 4.9 peratus pada Ogos 2023 berbanding bulan yang sama pada 2022.
Malaysia di kedudukan teratas bagi median kelajuan muat turun 5G di Asia Pasifik
Malaysia muncul di kedudukan teratas dari segi median kelajuan muat turun 5G bagi seluruh pasaran Asia Pasifik setanding dengan penanda aras Eropah pada separuh pertama 2023 menurut Ookla Insights.