Meskipun pelbagai cabaran yang dihadapi ekonomi Malaysia, sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kekal kukuh pada 2015 kerana masih berjaya mencatatkan pertumbuhan dua angka dalam perbelanjaan walaupun kurang daripada unjuran.
Industri berkenaan dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 14.2 peratus kepada RM70.9 bilion pada 2015 berbanding RM62.1 bilion atau pertumbuhan 12.5 peratus pada 2014.
Pencapaian berkenaan didorong terutamanya oleh peningkatan penggunaan peranti mudah alih, media sosial, penyelesaian awan, e-dagang dan Big Data Analytics (BDA), yang memacu pertumbuhan Internet of Things (IoT), kata Pengerusi Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) Chin Chee Seong.
"Kami menjangkakan trend ini akan berterusan pada 2016, kerana pembentukan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) berkemungkinan akan menyediakan pasaran yang lebih besar untuk industri ICT," katanya kepada Bernama.
Ekonomi global
Namun, industri ini tidak terkecuali daripada kesan kesuraman ekonomi global, sebagaimana dilihat dalam penyusutan kira-kira 30 peratus dalam jumlah peruncit ICT tahun ini berikutan kejatuhan nilai mata wang tempatan.
Walaupun pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 telah membantu mengurangkan kesan kerana GST disalurkan kepada pelanggan, ia tidak dapat menampung kerugian, sehingga menyebabkan beberapa syarikat menutup perniagaan.
"Ini terbukti apabila jumlah keanggotaan PIKOM berkurangan kepada 800 daripada 1,500 anggota, sebelum ini.
"Kos sara hidup dan menjalankan perniagaan telah meningkat dan peruncit, terutamanya yang lebih kecil menghadapi pelbagai cabaran, termasuk peningkatan e-dagang," kata Chin.
Bagaimanapun, beliau berkata sektor ICT masih dijangka dapat mencatatkan pertumbuhan antara RM79 bilion hingga RM81 bilion atau kira-kira 12 hingga 14 peratus tahun depan, disumbangkan terutamanya melalui e-dagang dan BDA.
Selaras dengan ulangtahun ke-30 PIKOM pada 2016, Chin berkata pameran tahunan PIKOM juga akan memperkenalkan unsur-unsur baru untuk kekal relevan dengan pelanggan walaupun peralihan keutamaan kepada e-dagang.
Malah, pada tahun ini terdapat juga beberapa inisiatif digital oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat berpendapatan rendah.
Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), agensi peneraju bagi Digital Malaysia, memperkenalkan Program 'eRezeki' kebangsaan untuk individu terutamanya dalam kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40), untuk mendaftar sebagai pekerja digital.
Pendapatan tambahan
eRezeki merupakan persekitaran dalam talian yang selamat dan boleh dipercayai bagi rakyat Malaysia meraih pendapatan tambahan, setelah mereka boleh melakukan tugas-tugas berasaskan digital mudah, dilatih oleh 'Siberguru' di pusat eRezeki bersama-sama dengan wakil-wakil eRezeki yang menyediakan sambungan ICT.
Baru-baru ini ia melantik Universiti Tenaga Nasional (Uniten) untuk membantu pelajar mencari pekerjaan, di samping membantu mereka memanfaatkan kemahiran dalam bidang pengajian yang berbeza untuk menjana pendapatan sampingan melalui internet.
Dalam Bajet 2016, kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi program e-Rezeki dan eUsahawan di bawah agenda negara untuk Digital Malaysia.
MDeC, yang menyelia pembangunan MSC Malaysia, turut menyaksikan peningkatan 40 peratus dalam penyertaan berbanding 2014 kepada 400 e-Tailer tahun ini dalam inisiatif #MYCyberSALE untuk memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui platform e-dagang.
Acara tahunan itu, yang kini masuk tahun kedua, mencatatkan jualan produk dan perkhidmatan sebanyak RM115 juta, hampir berganda angka tahun lepas sebanyak RM67.38 juta.
Dalam perkembangan sama bagi perisian ICT, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIMOS Bhd Datuk Abdul Wahab Abdullah berkata peserta industri tempatan perlu memberi tumpuan kepada usaha membangunkan penyelesaian aplikasi dan perisian dalam negara, untuk menjadi lebih kos efisien.
"Ini kerana nisbah margin sumbangan perniagaan perkakasan adalah lebih rendah kerana ia bergantung kepada jumlah jualan, manakala perniagaan perisian mampu menjana pendapatan lebih lumayan dari segi nilai," kata Abdul Wahab.
Beliau berkata langkah itu akan mengurangkan pergantungan terhadap produk IT buatan luar dan membolehkan perniagaan bebas memasarkan produk mereka di peringkat global.
"Sebagai contoh, Microsoft Malaysia tidak boleh memasarkan perisian sistem operasi di tempat lain kerana ia dikhususkan dan setiap negara mempunyai pengedar sendiri yang dilantik Microsoft," kata Abdul Wahab.
Sebagai agensi penyelidikan dan pembangunan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Abdul Wahab berkata MIMOS dapat memudahkan peserta tempatan membangunkan produk IT mereka sendiri dengan yuran komitmen serendah RM20,000.
Sehingga kini, 65 syarikat tempatan yang dikenali sebagai 'penerima teknologi' telah menerima pakai teknologi yang dibangunkan oleh MIMOS.
Pengintipan siber
Dalam perkembangan berkaitan, pelaburan dalam penyelesaian dan perkhidmatan oleh perniagaan untuk mempertahankan malware, ancaman berterusan maju, serangan yang disasarkan atau 'distributed denial of service' (DDoS) dijangka meningkat dengan ketara pada 2016.
CEO CyberSecurity Malaysia Dr Amirudin Abdul Wahab berkata penggunaan peranti mudah alih, penyebaran IoT dan penumpuan teknologi operasi dengan ICT akan membolehkan penyerang memberi kesan yang lebih besar.
"Pengintipan siber juga akan meningkat memandangkan pasaran gelap untuk kod malware dan perkhidmatan penggodaman akan membolehkan malware pengintipan siber digunakan bagi pengumpulan risikan kewangan dan manipulasi pasaran yang memihak kepada penyerang," kata Amirudin.
Tahun ini sahaja, katanya, beberapa laman web Malaysia digodam termasuk Malaysia Airlines oleh 'Lizard Squad', Google Malaysia oleh penggodam Bangladesh dan 'AnonGhost' yang mengambil alih akaun Facebook dan Twitter Polis Diraja Malaysia.
Ancaman daripada media sosial juga ditemui apabila polis mendapati lebih daripada 500 akaun Facebook, milik rakyat Malaysia, dikaitkan dengan militan IS.
"Setakat 31 Oktober 2015, sebanyak 8,803 insiden dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia dengan lima insiden siber utama di Malaysia iaitu spam, penipuan, pencerobohan, berniat jahat dan gangguan siber," katanya.
Sebanyak 10,732 insiden siber telah dilaporkan pada 2014, berbanding 10,636 pada 2013 dan 9,986 pada 2012.
Bernama
Sat Dec 26 2015
![Sektor ICT berjaya harungi cabaran, catat pertumbuhan pada 2015 Sektor ICT berjaya harungi cabaran, catat pertumbuhan pada 2015](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51450948727_informationtechnolo.jpg)
Industri ICT ini tidak terkecuali daripada kesan kesuraman ekonomi global, sebagaimana dilihat dalam penyusutan kira-kira 30 peratus dalam jumlah peruncit ICT tahun ini. - Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Sektor ICT berjaya harungi cabaran, catat pertumbuhan pada 2015 Sektor ICT berjaya harungi cabaran, catat pertumbuhan pada 2015](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51450948727_informationtechnolo.jpg)
Sektor ICT berjaya harungi cabaran, catat pertumbuhan pada 2015
Industri ICT dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 14.2 peratus kepada RM70.9 bilion pada 2015 berbanding RM62.1 bilion atau pertumbuhan 12.5 peratus pada 2014.