KUALA LUMPUR: Potensi sekatan punitif ke atas Rusia yang menjejaskan bekalan barang seperti gas asli, logam kritikal dan produk pertanian akan memberi impak buruk kepada ekonomi global, kata Manulife Investment Management (Manulife IM).
Ketua Strategi Makronya di Asia, Sue Trinh berkata, keperluan terhadap komoditi tertentu, dari segi sejarahnya telah mencatatkan lonjakan ketika konflik dan boleh memberi masalah kepada rantaian bekalan global dan mencetuskan tekanan harga meningkat dalam persekitaran inflasi yang sudah pun membimbangkan.
Rusia adalah pengeksport terkemuka dunia bagi gas asli yang merangkumi 17.1 peratus daripada pengeluaran global dan pengeksport kedua terbesar bagi minyak mentah.
Negara itu juga merupakan antara pengeluar logam kritikal terbesar dunia dan pengeksport terbesar paladium dan berada pada kedudukan kedua selepas Chile dari segi tembaga bertapis.
Rusia dan Ukraine turut menjadi pengeluar pertanian yang signifikan dan gabungan eksport gandum, barli dan jagung dari kedua-dua negara itu menyumbang 21 peratus daripada jumlah global. Mereka membekalkan 60 peratus daripada minyak bunga matahari dunia.
"Dalam senario ini, ia akan bertindak sebagai kejutan stagflasi tambahan -- iaitu pertumbuhan lebih rendah, namun inflasi lebih tinggi -- dan ini akan menjejaskan terutamanya pengimport bersih komoditi ini," menurut Trinh dalam nota penyelidikan.
Beliau berkata Asia Pasifik adalah pengimport bersih makanan dan tenaga terbesar dunia.
Bagaimanapun, beliau menegaskan rantau ini tidak monolitik dan mencatatkan lonjakan mendadak dari segi makanan, selain harga tenaga, akan memberikan impak yang tidak sekata.
"Bagi pengimport bersih, perkembangan seumpama ini adalah negatif dari segi kejutan perdagangan dan akibat selanjutnya dalam pertumbuhan ekonomi, dan dijejaskan lagi dengan permintaan domestik yang lemah," katanya.
Trinh berkata sebaliknya ia akan bersesuaian dengan pengeksport bersih makanan dan tenaga.
Katanya pengeksport bersih terbesar bagi makanan dan tenaga (dan, sehubungan itu, negara paling kurang terjejas) adalah New Zealand, Malaysia, Vietnam dan Australia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022
Rusia adalah pengeksport terkemuka dunia bagi gas asli yang merangkumi 17.1 peratus daripada pengeluaran global dan pengeksport kedua terbesar bagi minyak mentah. - Gambar fail
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.
Senarai negara rakan kongsi BRICS dipersetujui - Putin
Rusia akan menghantar jemputan kepada negara-negara yang berpotensi menjadi rakan kongsi persatuan itu, dengan senarai negara itu telah dipersetujui.
Platinum kekal logam paling banyak diimport dari Rusia ke AS
Amerika Syarikat (AS) mengimport aluminium dari Rusia pada September buat kali pertama sejak 2023, menurut analisis data kastam AS oleh RIA Novosti pada Rabu.
KPT semak kesahihan pelajar Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine
KPT akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung dakwaan seorang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di luar negara terlibat sebagai tentera upahan di Ukraine.
Pentagon sahkan tentera Korea Utara di Kursk, Rusia
Maklumat awal mencadangkan Rusia mungkin meletakkan tentera Korea Utara dalam peranan infantri menentang tentera Ukraine.
Korea Utara hantar 10,000 tentera untuk berlatih di Rusia - Pentagon
Pentagon mendakwa, jumlah tersebut lebih tiga kali ganda daripada anggaran sebelumnya ketika NATO beri amaran mengenai bahaya perang Ukraine - Rusia yang berpotensi meluas.
Sekurang-kurangnya 4 maut dalam nahas helikopter di Rusia
Helikopter Mi-2 terhempas berhampiran kampung Beleyenki, kira-kira 700 kilometer di timur laut Moscow.
Rusia sedia main peranan akhiri konflik Asia Barat
Menurut Vladimir Putin, tidak ada pihak yang mahu melihat konflik itu terus merebak tanpa penghujung.
Kerajaan rancang perkenal semula penerbangan terus ke Rusia - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan (MoT) sedang merancang dengan syarikat penerbangan dari Rusia untuk memperkenal semula penerbangan terus dari Malaysia ke Rusia.
Rusia punyai potensi besar untuk kerjasama dengan IPT Malaysia
Kunjungan delegasi Malaysia ke Rusia membuka lembaran baharu kepada pendidikan tinggi negara untuk melebarkan sayap ke negara itu.