KUALA LUMPUR: Sarawak Consolidated Industries Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, SCIB Industrialised Building System Sdn. Bhd. memperoleh projek pembangunan semula sekolah daif di Sarawak berjumlah RM13.28 juta.
Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, SCIB berkata, anak syarikatnya itu menerima surat anugerah dan penerimaan (LOA) dari Jabatan Kerja Raya Sarawak membabitkan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).
Katanya, projek tersebut adalah di bawah peruntukan RM1 Bilion (Fasa 2) Pakej 13 membabitkan pembangunan semula Sekolah Kebangsaan Nanga Pedai dan Sekolah Kebangsaan Nanga Jagoi di Kanowit, Sibu.
"Kontrak ini adalah bagi tempoh selama 8 bulan bermula 27 Oktober 2021 hingga 26 Jun 2022," katanya.
Menurut SCIB, kontrak berkenaan tidak menjejaskan terbitan modal saham dan pemegangan saham utama kumpulan.
Malah, ia juga tidak memberi sebarang impak kepada aset bersih SCIB dan kumpulan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022.
"Sebarang keuntungan akan direalisasikan secara berperingkat sepanjang tempoh kontrak ini berdasarkan kepada kemajuan projek.
"Kami menjangkakan ia akan menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan sepanjang tempoh kontrak ini," tambahnya.
Artikel asal disiarkan di Dagang News
Dagang News
Wed Oct 13 2021
SCIB berkata, anak syarikatnya itu menerima surat anugerah dan penerimaan (LOA) dari Jabatan Kerja Raya Sarawak membabitkan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC). - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 07 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (06 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel serang lagi pinggir bandar Beirut ketika pertempuran di sempadan memuncak
Pesawat perang Israel giat mengebom kawasan pinggir bandar selatan Beirut awal Ahad, menyasarkan kawasan kediaman dan mencetuskan kebakaran yang berterusan hingga ke pagi.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Oktober 2024.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
SCIB tidak tahu menahu punca kejatuhan mendadak harga saham
SCIB juga tidak menyedari sebarang perkembangan korporat berkaitan perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang belum diumumkan sebelum ini.
Harga susut: Bursa Malaysia gantung jualan singkat saham SCIB, JSB dan APB
Ia dilakukan selepas harga akhir saham ketiga-tiga syarikat berkenaan jatuh melebihi 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.
Anak Premier Sarawak letak jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif SCIB
Abang Abdillah Izzarim membuat keputusan bersara mengikut Perkara 127 Perlembagaan Syarikat.
SCIB tarik diri daripada projek hospital pakar di Johor Bahru
Pakar kejuruteraan sivil Sarawak Consolidated Industries Bhd mengeluarkan surat penarikan diri kepada Kencana Healthcare Sdn Bhd bagi kontrak yang melibatkan projek hospital pakar di Johor Bahru
DBKL nafi lantik SCIB ganti tiang lampu
DBKL menafikan laporan media yang mengatakan pihaknya melantik Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) untuk melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak DBKL.
SCIB terbit Laporan Tahunan 2021, saham kembali diniagakan pada 19 Jan
Saham syarikat itu telah digantung pada 9 Nov, 2021 disebabkan kegagalannya menyerahkan laporan tahunan.
SCIB raih kontrak EPCC RM63.91 juta membina servis apartmen 35 tingkat di KL
Projek ini dijangka mengambil masa 20 bulan pembinaan, bermula 5 Disember ini.
Operasi SCIB tidak terjejas dengan penggantungan saham, jangka keluarkan laporan tahunan Disember ini
SCIB sedang bekerjasama dengan juruaudit luar bagi memuktamadkan audit berhubung penyata kewangan.
Selepas Serba Dinamik, dagangan SCIB pula digantung Bursa Malaysia
Sebelum itu, pada 26 Oktober lalu, SCIB memaklumkan permohonan lanjutan tempoh (EOT) bagi menyiapkan Laporan Tahunan 2021 kumpulan itu ditolak Bursa Securities.
SCIB raih kontrak bernilai RM13.28 juta bangunkan semula sekolah daif di Sarawak
SCIB berkata, anak syarikatnya itu menerima surat anugerah dan penerimaan (LOA) dari Jabatan Kerja Raya Sarawak.