KUALA LUMPUR: Operasi harian Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) akan terus berjalan seperti biasa di sebalik penggantungan sahamnya oleh Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) pada Selasa.
Malah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SCIB, Rosland Othman berkata, syarikat menyasarkan untuk mengeluarkan laporan tahunannya menjelang Disember ini.
Ketika ini, katanya, SCIB sedang bekerjasama dengan juruaudit luar bagi memuktamadkan audit berhubung penyata kewangan.
"Kami ingin menyakinkan semua pihak berkepentingan, rakan kongsi perniagaan, vendor dan pekerja bahawa kami akan meneruskan operasi harian seperti biasa walaupun dagangan saham digantung," katanya dalam kenyataan semalam.
Penggantungan dagangan itu dilaksanakan selepas Bursa Securities menolak rayuan SCIB yang dibuat pada 8 Oktober lalu untuk memohon lanjutan masa sehingga 31 Disember 2021 untuk Syarikat mengeluarkan laporan tahunannya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021 yang akan berakhir pada 31 Oktober 2021.
BACA: Selepas Serba Dinamik, dagangan SCIB pula digantung Bursa Malaysia
Ini berikutan SCIB tidak dapat memuktamadkan penyata kewangan yang telah diaudit tepat pada masanya untuk disertakan dalam laporan tahunan disebabkan pertukaran juruaudit luar dan sekatan pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Tetapi, pada 26 Oktober lalu, SCIB memaklumkan permohonan lanjutan tempoh bagi menyiapkan Laporan Tahunan 2021 kumpulan itu ditolak Bursa Securities.
Susulan itu, pada 3 November lalu, Bursa Securities memberi amaran akan menggantung urus niaganya pada 9 November sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan dalam tempoh masa ditetapkan.
Sebelum dagangannya digantung pagi tadi, harga saham SCIB menokok 2 sen atau 10.81% kepada 20.5 sen dalam penutupan petang semalam. Ia menyaksikan 34.67 juta saham diniagakan.
Di sebalik penggantungan saham SCIB, Rosland bagaimanapun menegaskan, pelan pengembangan syarikat masih kekal utuh memandangkan mereka memanfaatkan kekuatan sebagai pengeluar konkrit pratuang dan Sistem Binaan Berindustri (IBS) terbesar di Malaysia Timur dengan membangunkan peluang termasuk di Semenanjung Malaysia.
"Kami juga mengguna pakai teknologi 3D bagi projek-projek pembinaan yang kami jalankan kerana kami percaya ia dapat membantu mempercepatkan kemajuan projek dengan tempoh masa pembinaan yang lebih singkat.
"Di samping itu, kami juga percaya gabungan teknologi IBS dan 3D akan memberikan kami kelebihan berbanding pesaing lain kerana industri pembinaan semakin menerapkan teknologi terkini dengan jaminan kualiti dan kecekapan," jelas beliau.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Wed Nov 10 2021
![Operasi SCIB tidak terjejas dengan penggantungan saham, jangka keluarkan laporan tahunan Disember ini Operasi SCIB tidak terjejas dengan penggantungan saham, jangka keluarkan laporan tahunan Disember ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636506150_BursaMalaysiaSecur.jpg)
Operasi harian Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) akan terus berjalan seperti biasa di sebalik penggantungan sahamnya oleh Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) pada Selasa. -Dagang News
Serangan terbaru Israel boleh jejas rundingan gencata senjata
Serangan baru Israel ke atas Gaza pada Isnin, dilihat akan mengancam rundingan gencatan senjata pada saat yang genting.
Jurang Israel dan Hamas kekal - White House
Pegawai kanan Amerika Syarikat berada di Kaherah untuk rundingan bagi mencapai gencatan senjata antara Israel dan Hamas namun jurang masih kekal antara kedua-dua pihak.
Netanyahu cuba halang gencatan senjata - Hamas
Hamas menuduh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meletakkan halangan berhubung rundingan gencatan senjata untuk menamatkan perang di Gaza.
![China dakwa kapal Filipina rosakkan terumbu karang di Laut China Selatan China dakwa kapal Filipina rosakkan terumbu karang di Laut China Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720478713_BRPSierraMadre.jpg)
China dakwa kapal Filipina rosakkan terumbu karang di Laut China Selatan
China mendakwa kapal perang Filipina merentas secara haram di sekitar Beting Thomas Kedua berhampiran Kepulauan Nansha.
![Budak perempuan di Kemboja dijangkiti selesema burung, 7 kes disahkan setakat ini Budak perempuan di Kemboja dijangkiti selesema burung, 7 kes disahkan setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720478408_BirdFlu.jpg)
Budak perempuan di Kemboja dijangkiti selesema burung, 7 kes disahkan setakat ini
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selesema burung H5N1.
![Kelantan akan percepat proses teroka NR-REE, peroleh keuntungan untuk negeri Kelantan akan percepat proses teroka NR-REE, peroleh keuntungan untuk negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717648933_MohamedFadzliHassa.jpg)
Kelantan akan percepat proses teroka NR-REE, peroleh keuntungan untuk negeri
Kerajaan negeri mendapat permintaan daripada beberapa syarikat dari China yang berminat menjalankan pemprosesan NR-REE.
![Agensi makanan Singapura benarkan serangga tertentu sebagai makanan manusia Agensi makanan Singapura benarkan serangga tertentu sebagai makanan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41589638919_belalang.jpg)
Agensi makanan Singapura benarkan serangga tertentu sebagai makanan manusia
SFA pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, "mealworm", ulat sutera, dan lebah madu.
![Garrido tuntut skuad baharu B-19 bukti kemampuan di Indonesia Garrido tuntut skuad baharu B-19 bukti kemampuan di Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720449649_TBHarimauMalaya.jpg)
Garrido tuntut skuad baharu B-19 bukti kemampuan di Indonesia
Garrido mencabar barisan pemain baharu untuk membuktikan bahawa mereka layak bergelar juara bertahan apabila menggalas cabaran negara pada Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya.
![Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714481462_TBSUKMA.jpg)
Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak
Skuad Sepak Takraw Kelantan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak Ogos depan.
![Presiden Perancis tolak peletakan jawatan PM 'buat masa ini' Presiden Perancis tolak peletakan jawatan PM 'buat masa ini'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701500950_RussiaUkraineWarE.jpg)
Presiden Perancis tolak peletakan jawatan PM 'buat masa ini'
Emmanuel Macron meminta Gabriel Attal untuk terus memegang jawatannya "buat masa ini".
![SCIB tidak tahu menahu punca kejatuhan mendadak harga saham SCIB tidak tahu menahu punca kejatuhan mendadak harga saham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705534541_TBSCIBSARAWAK.jpg)
SCIB tidak tahu menahu punca kejatuhan mendadak harga saham
SCIB juga tidak menyedari sebarang perkembangan korporat berkaitan perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang belum diumumkan sebelum ini.
![Harga susut: Bursa Malaysia gantung jualan singkat saham SCIB, JSB dan APB Harga susut: Bursa Malaysia gantung jualan singkat saham SCIB, JSB dan APB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664901654_BURSAMALAYSIA.jpg)
Harga susut: Bursa Malaysia gantung jualan singkat saham SCIB, JSB dan APB
Ia dilakukan selepas harga akhir saham ketiga-tiga syarikat berkenaan jatuh melebihi 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.
![Anak Premier Sarawak letak jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif SCIB Anak Premier Sarawak letak jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif SCIB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702342254_AbangAbdillah.jpg)
Anak Premier Sarawak letak jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif SCIB
Abang Abdillah Izzarim membuat keputusan bersara mengikut Perkara 127 Perlembagaan Syarikat.
![SCIB tarik diri daripada projek hospital pakar di Johor Bahru SCIB tarik diri daripada projek hospital pakar di Johor Bahru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674804900_SCIBsarawakconsol.jpg)
SCIB tarik diri daripada projek hospital pakar di Johor Bahru
Pakar kejuruteraan sivil Sarawak Consolidated Industries Bhd mengeluarkan surat penarikan diri kepada Kencana Healthcare Sdn Bhd bagi kontrak yang melibatkan projek hospital pakar di Johor Bahru
![DBKL nafi lantik SCIB ganti tiang lampu DBKL nafi lantik SCIB ganti tiang lampu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/51522412009_DBKL.jpg)
DBKL nafi lantik SCIB ganti tiang lampu
DBKL menafikan laporan media yang mengatakan pihaknya melantik Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) untuk melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak DBKL.
![SCIB terbit Laporan Tahunan 2021, saham kembali diniagakan pada 19 Jan SCIB terbit Laporan Tahunan 2021, saham kembali diniagakan pada 19 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642465405_SCIBsarawakconsol.jpg)
SCIB terbit Laporan Tahunan 2021, saham kembali diniagakan pada 19 Jan
Saham syarikat itu telah digantung pada 9 Nov, 2021 disebabkan kegagalannya menyerahkan laporan tahunan.
![SCIB raih kontrak EPCC RM63.91 juta membina servis apartmen 35 tingkat di KL SCIB raih kontrak EPCC RM63.91 juta membina servis apartmen 35 tingkat di KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636676666_SarawakConsolidated.jpg)
SCIB raih kontrak EPCC RM63.91 juta membina servis apartmen 35 tingkat di KL
Projek ini dijangka mengambil masa 20 bulan pembinaan, bermula 5 Disember ini.
![Operasi SCIB tidak terjejas dengan penggantungan saham, jangka keluarkan laporan tahunan Disember ini Operasi SCIB tidak terjejas dengan penggantungan saham, jangka keluarkan laporan tahunan Disember ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636506150_BursaMalaysiaSecur.jpg)
Operasi SCIB tidak terjejas dengan penggantungan saham, jangka keluarkan laporan tahunan Disember ini
SCIB sedang bekerjasama dengan juruaudit luar bagi memuktamadkan audit berhubung penyata kewangan.
![Selepas Serba Dinamik, dagangan SCIB pula digantung Bursa Malaysia Selepas Serba Dinamik, dagangan SCIB pula digantung Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636505802_SarawakConsolidated.jpg)
Selepas Serba Dinamik, dagangan SCIB pula digantung Bursa Malaysia
Sebelum itu, pada 26 Oktober lalu, SCIB memaklumkan permohonan lanjutan tempoh (EOT) bagi menyiapkan Laporan Tahunan 2021 kumpulan itu ditolak Bursa Securities.
![SCIB raih kontrak bernilai RM13.28 juta bangunkan semula sekolah daif di Sarawak SCIB raih kontrak bernilai RM13.28 juta bangunkan semula sekolah daif di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634133736_kuching.jpg)
SCIB raih kontrak bernilai RM13.28 juta bangunkan semula sekolah daif di Sarawak
SCIB berkata, anak syarikatnya itu menerima surat anugerah dan penerimaan (LOA) dari Jabatan Kerja Raya Sarawak.