KUALA LUMPUR: Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB), menerusi subsidiarinya, SCIB Industrialised Building System Sdn Bhd. (SIBS) telah menerima satu Surat Penganugerahan dan Penerimaan (LOA) daripada Twinwood Development Sdn. Bhd. bagi kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) dianggarkan bernilai RM63.91 juta di Lot 36381, Mukim Petaling di sini.
Kontrak EPCC tersebut adalah bagi pembinaan satu blok servis apartmen 35 tingkat terdiri daripada 332 unit dan mengandungi 8 tingkat podium ruang meletak kereta, satu paras fasiliti, 26 tingkat servis apartmen, dan satu tingkat ruang meletak kereta di bawah tanah.
Projek ini dijangka mengambil masa 20 bulan pembinaan, bermula 5 Disember ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rosland Othman berkata, projek tersebut memberikan syarikat momentum yang diperlukan untuk terus berkembang di Semenanjung Malaysia.
"Ini menunjukkan ketika kami terpaksa menamatkan kontrak bagi projek-projek di Timur Tengah, kami masih kekal berdaya tahan dan memperoleh peluang di dalam negara ini.
‘’Kami memfokuskan untuk menggunakan kekuatan kami sebagai pembuat konktrit terbesar dan Sistem Pembinaan Industri (IBS) di Malaysia Timur bagi membangunkan peluang-peluang bukan sahaja di Malaysia Timur tetapi juga Semenanjung Malaysia.
“Lagi pun, dengan mengguna pakai teknologi 3D di dalam projek pembinaan kami, ia memberikan kami kelebihan daya saing yang diperlukan di dalam industri pembinaan.
"Mengguna pakai penawaran IBS dan teknologi 3D ini, projek kami akan menjadi lebih efisien berbanding sebelum ini dan boleh disiapkan dalam kerangka masa lebih pendek tanpa menggadaikan kualiti bahan pembinaan,’’ kata beliau dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Rosland berkata, berkaitan penggantungan dagangan saham syarikat, pihaknya mahu menegaskan sekali lagi bahawa operasi SCIB tetap berjalan seperti biasa.
‘’Kami mahu menyakinkan semua pemegang kepentingan, rakan perniagaan, vendor dan kakitangan bahawa kami bekerja bersama-sama firma audit luaran untuk mempercepatkan proses memuktamadkan audit penyata kewangan dan kami sasarkan laporan tahunan untuk diterbitkan pada Disember tahun ini, kata Rosland.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Fri Nov 12 2021
Projek tersebut bakal memberikan syarikat momentum yang diperlukan untuk terus berkembang di Semenanjung Malaysia. - Foto DagangNews.com
Tumpuan Isnin – 07 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (06 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel serang lagi pinggir bandar Beirut ketika pertempuran di sempadan memuncak
Pesawat perang Israel giat mengebom kawasan pinggir bandar selatan Beirut awal Ahad, menyasarkan kawasan kediaman dan mencetuskan kebakaran yang berterusan hingga ke pagi.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Oktober 2024.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
SCIB tidak tahu menahu punca kejatuhan mendadak harga saham
SCIB juga tidak menyedari sebarang perkembangan korporat berkaitan perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang belum diumumkan sebelum ini.
Harga susut: Bursa Malaysia gantung jualan singkat saham SCIB, JSB dan APB
Ia dilakukan selepas harga akhir saham ketiga-tiga syarikat berkenaan jatuh melebihi 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.
Anak Premier Sarawak letak jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif SCIB
Abang Abdillah Izzarim membuat keputusan bersara mengikut Perkara 127 Perlembagaan Syarikat.
SCIB tarik diri daripada projek hospital pakar di Johor Bahru
Pakar kejuruteraan sivil Sarawak Consolidated Industries Bhd mengeluarkan surat penarikan diri kepada Kencana Healthcare Sdn Bhd bagi kontrak yang melibatkan projek hospital pakar di Johor Bahru
DBKL nafi lantik SCIB ganti tiang lampu
DBKL menafikan laporan media yang mengatakan pihaknya melantik Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) untuk melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak DBKL.
SCIB terbit Laporan Tahunan 2021, saham kembali diniagakan pada 19 Jan
Saham syarikat itu telah digantung pada 9 Nov, 2021 disebabkan kegagalannya menyerahkan laporan tahunan.
SCIB raih kontrak EPCC RM63.91 juta membina servis apartmen 35 tingkat di KL
Projek ini dijangka mengambil masa 20 bulan pembinaan, bermula 5 Disember ini.
Operasi SCIB tidak terjejas dengan penggantungan saham, jangka keluarkan laporan tahunan Disember ini
SCIB sedang bekerjasama dengan juruaudit luar bagi memuktamadkan audit berhubung penyata kewangan.
Selepas Serba Dinamik, dagangan SCIB pula digantung Bursa Malaysia
Sebelum itu, pada 26 Oktober lalu, SCIB memaklumkan permohonan lanjutan tempoh (EOT) bagi menyiapkan Laporan Tahunan 2021 kumpulan itu ditolak Bursa Securities.
SCIB raih kontrak bernilai RM13.28 juta bangunkan semula sekolah daif di Sarawak
SCIB berkata, anak syarikatnya itu menerima surat anugerah dan penerimaan (LOA) dari Jabatan Kerja Raya Sarawak.