KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memperluaskan kategori pelabur sofistikated sebagai langkah meningkatkan kebolehcapaian pasaran modal.
SC dalam satu kenyataan berkata garis panduan kategori pelabur sofistikated baharu yang berkuat kuasa semalam, mengukuhkan komitmen SC untuk mengekalkan daya saing dan kerancakan pasaran modal, sambil menggalakkan penyertaan pelabur yang lebih ramai.
Pengerusi SC, Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata perkembangan pasaran modal Malaysia yang sofistikated semakin meningkat, lanjutan daripada ini, ia telah menghasilkan keperluan pembiayaan dan selera risiko pelaburan yang berbeza-beza.
"Kriteria pelabur sofistikated telah diperluaskan untuk mengambil kira lebih ramai individu yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan dan kestabilan pasaran," katanya.
“Pada tahun 2023, pasaran modal domestik meningkat kepada RM3.8 trilion daripada RM3.6 trilion pada tahun sebelumnya.
"Ini memberikan peluang besar kepada pasaran untuk menarik pangkalan pelabur di serantau yang lebih pelbagai dan menggalakkan aliran modal yang lebih besar ke dalam produk dan segmen pasaran yang canggih,” katanya.
Menurut SC, ciri utama peluasan tersebut termasuk kategori baharu yang mengambil kira pengetahuan dan pengalaman pelabur sofistikated.
Selain itu, penambahbaikan kepada kategori semasa juga dilaksanakan, yang membolehkan fleksibiliti ambang kewangan sedia ada untuk individu bernilai bersih tinggi, katanya.
Kategori 'pengetahuan dan pengalaman' baharu akan memberi manfaat kepada individu yang tidak memenuhi kriteria kewangan tetapi dapat menunjukkan pengetahuan kewangan secara sofistikated bagi mengambil bahagian dalam tawaran pasaran yang berkaitan.
"Kategori ini menilai pelabur berpotensi berdasarkan pendidikan mereka, keahlian dalam persatuan kewangan yang diiktiraf, dan pengalaman praktikal dalam sektor berkaitan seperti perbankan, pasaran modal atau insurans," kata SC.
Satu lagi perubahan penting ialah kemasukan nilai kediaman utama pelabur, sehingga had RM1 juta dalam menilai kelayakan mereka sebagai pelabur sofistikated.
Takrifan akaun bersama juga diperluaskan untuk menggabungkan akaun dengan pasangan atau anak termasuk jumlah pendapatan tahunan bersama bersih dan portfolio pelaburan.
Peluasan ini akan lebih menggambarkan status kewangan kolektif keluarga dan potensi pelaburan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, ciri utama peluasan tersebut termasuk kategori baharu yang mengambil kira pengetahuan dan pengalaman pelabur sofistikated.
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
SC akan lancarkan set peralatan bantu syarikat tersenarai penuh pematuhan NSRF
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bimbang terhadap keupayaan syarikat tersenarai dalam "Kumpulan 2" dan "Kumpulan 3" untuk mematuhi Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).
Bekas CEO Tabung Haji Nik Hasyudeen Yusoff dilantik ahli Lembaga Pengarah SC
Bekas Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Lembaga Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
SC tambah 19 entiti klon berpotensi, lapan entiti tidak sah dalam senarai peringatan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.
UOB Kay Hian perkenal 16 derivatif patuh syariah global
UOB Kay Hian secara rasmi melancarkan 16 kontrak niaga hadapan komoditi global patuh syariah pada Khamis.
SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
SC berkata pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video 'deepfake' pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.
BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian
MoF menjelaskan IDRS bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.