KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menandatangani Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala untuk Kerjasama Penyeliaan (MMoU Penyeliaan) Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik (APRC) IOSCO pada mesyuarat tahunan Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO) 2022 di Maghribi.
SC menjelaskan pihaknya kini mempunyai pengaturan kerjasama mengenai hal-hal penyeliaan dengan rakan pengawal selia serantau termasuk Australia, Hong Kong, Jepun, Singapura dan Thailand, susulan pemeteraian MMoU Penyeliaan itu pada 17 Okt, 2022.
"Berikutan aktiviti rentas sempadan dalam pasaran modal semakin meningkat di rantau ini, MMoU Penyeliaan ini buat kali pertama mewujudkan rangka kerja rasmi untuk kerjasama penyeliaan serantau dalam kalangan pengawal selia pasaran modal," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.
Pengerusi SC, Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata kerjasama penyeliaan rentas sempadan adalah elemen utama untuk meningkatkan perlindungan pelabur.
"Perkongsian maklumat dengan pengawal selia serantau melalui platform ini akan mengukuhkan keupayaan penyeliaan keseluruhan SC," katanya dalam kenyataan yang sama.
Sementara itu Pengerusi APRC, Takashi Nagaoka mengucapkan tahniah kepada SC kerana menjadi antara penandatangan pertama MMoU Penyeliaan APRC IOSCO.
"Ini adalah peristiwa penting yang akan meningkatkan kerjasama dan penyelarasan pengawal selia merentas sempadan," katanya.
Menurut kenyataan yang sama, SC juga telah dilantik semula sebagai ahli Lembaga IOSCO, badan pentadbir dan penetapan piawai yang bertanggungjawab mengetuai hala tuju dan proses penetapan piawaian mengenai isu dasar yang mempengaruhi pasaran modal global, untuk penggal 2022 hingga 2024.
SC menjadi ahli Lembaga IOSCO sejak 2012.
Pengawal selia sekuriti global berhimpun di mesyuarat tahunan IOSCO dan membincangkan kesan perkembangan antarabangsa semasa dalam sektor kewangan, termasuk risiko dan cabaran kepada pasaran modal, jelas SC.
Suruhanjaya itu menambah, barisan perwakilan telah berkongsi pandangan mengenai pelbagai topik termasuk aset kripto dan digital, kewangan mampan, risiko baharu dan tingkah laku pasaran runcit.
IOSCO merupakan forum dasar antarabangsa terkemuka untuk pengawal selia sekuriti.
Keahlian organisasi ini mengawal lebih daripada 95 peratus pasaran sekuriti dunia di 130 bidang kuasa.
SC merupakan tuan rumah Hab IOSCO Asia-Pasifik di Kuala Lumpur, satu-satunya hab serantau yang ditubuhkan di luar ibu pejabat IOSCO yang terletak di Madrid, Sepanyol.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
Pengerusi SC, Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata kerjasama penyeliaan rentas sempadan adalah elemen utama untuk meningkatkan perlindungan pelabur. - Fail/FB Awang Adek
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
SC tambah 19 entiti klon berpotensi, lapan entiti tidak sah dalam senarai peringatan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.
UOB Kay Hian perkenal 16 derivatif patuh syariah global
UOB Kay Hian secara rasmi melancarkan 16 kontrak niaga hadapan komoditi global patuh syariah pada Khamis.
SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
SC berkata pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video 'deepfake' pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.
BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian
MoF menjelaskan IDRS bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
SC akan bangunkan rangka kerja terperinci pelaksanaan Bursa Sosial - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluarkan rangka kerja terperinci mengenai pelaksanaan Bursa Sosial (SE) dalam masa terdekat.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.