Samsung memperkenalkan Galaxy S4 yang lebih nipis bersertakan ciri-ciri yang lebih canggih semalam, yang dijangka akan memberi tamparan hebat dalam arena telefon pintar.

Syarikat elektronik gergasi Korea itu memperkenalkan Galaxy S4 dalam satu majlis gilang-gemilang di New York dan telefon itu akan berada di 155 buah negara hujung April ini.

"Hidup ini merupakan satu perjalanan," menurut Ketua Bahagian Komunikasi Samsung Mobile.

"Pastinya kita mahukan peranti yang dapat menemani kita di sepanjang perjalanan, teman yang membantu kita mengecapi kehidupan ini secara menyeluruh,"

S4 dilengkapi dengan skrin lima inci (12.7 sentimeter) berdefinisi tinggi dan kebolehan mengambil gambar yang diperbaharui. Tidak ketinggalan kecekapan terjemahan dalam sembilan bahasa.