PEMBENTANGAN Belanjawan 2022 Negeri Sembilan pada 26 November 2021 yang lepas merupakan belanjawan defisit untuk tahun ketiga sejak 2020 sebanyak RM88 juta.
Belanjawan defisit mungkin menimbulkan persoalan kepada banyak pihak tentang risiko kedudukan belanjawan ini kepada pertumbuhan ekonomi? Secara teorinya, wujud kemungkinan defisit dan hutang yang lebih besar boleh memberi kesan sebaliknya kepada pertumbuhan ekonomi jika tidak diurus dengan baik.
Penting untuk ditegaskan di sini bahawa pada masa ini iaitu fasa pemulihan ekonomi, kita berada pada kedudukan ekonomi yang dibatasi oleh faktor permintaan dan bukannya penawaran. Permintaan ke atas barangan dan perkhidmatan perlahan kerana pendapatan yang terkesan akibat daripada kadar pengangguran yang masih tinggi.
Keadaan ini menuntut kepada perbelanjaan negeri yang aktif. Sekiranya perbelanjaan negeri meningkat lebih cepat daripada kutipan hasil (iaitu, jika defisit belanjawan negeri meningkat), permintaan agregat dalam negeri akan meningkat. Perbelanjaan negeri akan meningkatkan permintaan agregat sama ada secara tak langsung, katakanlah dengan perbelanjaan untuk membina jalan raya, atau secara langsung, dengan menyediakan bayaran pindahan yang diterjemahkan kepada penggunaan isi rumah.
Menyedari negeri sedang berhadapan dengan dua krisis yang tidak pernah dihadapi sebelum ini iaitu krisis kesihatan dan krisis ekonomi, maka perancangan ekonomi memerlukan pendekatan yang berbeza. Pendekatan ini memerlukan kepada usaha pemulihan dan penjajaran semula ekonomi negeri berjalan serentak.
Pada pandangan penulis terdapat dua pendekatan cekap yang diperkenalkan dalam Belanjawan Negeri Sembilan pada kali ini.
Pertama, kepentingan mengutamakan perbelanjaan kepada sektor-sektor yang memberi nilai pengganda tinggi kepada ekonomi negeri ketika mendepani belanjawan defisit. Untuk itu, dua petunjuk utama digunakan untuk menilai dan mengenal pasti sektor-sektor ekonomi yang berpotensi menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negeri pada tahun 2022, iaitu kesan pengganda (multiplier effect) dan hubungkait sektoral (sectoral linkages). Ini adalah pendekatan yang cekap bagi memastikan setiap Ringgit yang dibelanjakan akan memberi impak yang optimum kepada ekonomi negeri.
Aspek kedua dalam intipati Belanjawan 2022 yang paling menarik perhatian penulis ialah usaha kerajaan negeri menyediakan sebuah pelan pembangunan ekonomi jangka sederhana yang dirujuk sebagai Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (RPNS), 2021-2025. Ini merupakan inisiatif yang paling signifikan dan jarang sekali dilakukan oleh negeri-negeri di Malaysia. Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) kerana telah mengambil langkah inovatif dan saintifik dalam perancangan dan pembangunan ekonomi negeri.
Selari dengan fokus Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB), matlamat RPNS dirangka berdasarkan tiga teras iaitu pemerkasaan ekonomi, perekayasaan sosial dan kelestarian alam sekitar. RPNS akan memandu corak pembangunan ekonomi masa hadapan Negeri Sembilan ke arah pembangunan mampan, pengagihan ekonomi yang saksama serta inklusif merentasi setiap peringkat rantaian bekalan bagi membolehkan semua rakyat mampu menikmati kemakmuran dan arus pemodenan negeri.
Penulis berpandangan RPNS bukan lah pengganti kepada RMKe-12, sebaliknya kedua-dua dokumen pembangunan ini melengkapi antara satu sama lain. RMKe-12 meletakkan dasar pembangunan ekonomi makro keseluruhan Malaysia. RPNS pula merangka dasar pembangunan ekonomi negeri yang lebih mikro dengan mengambil kira faktor spatial, ketersediaan sumber, modal insan dan kelebihan berbanding. Pendekatan RPNS mengelakkan ralat perlaksanaan dasar yang bersifat “one size fits all approach”.
Hala tuju pembangunan ekonomi Negeri Sembilan secara keseluruhannya bergantung kepada pembangunan sektoral. RPNS bakal menawarkan pemetaan baharu sektor-sektor ekonomi di Negeri Sembilan dengan mengenal pasti sektor tumpuan dan strategik. Ini penting bagi memastikan setiap perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan mampu menjana impak yang optimum kepada ekonomi negeri dan seterusnya memberi pulangan hasil kepada kerajaan.
* Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari ialah Ketua Ekonomi, Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-UPMCS, PERKESO.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari
Sat Nov 27 2021
Pembentangan Belanjawan 2022 Negeri Sembilan pada 26 November 2021 yang lepas merupakan belanjawan defisit untuk tahun ketiga sejak 2020 sebanyak RM88 juta. - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
AWANI Ringkas: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim pelaburan bitcoin
Seorang pengurus inap desa kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan bitcoin dalam talian.
RPNS bakal memandu pembangunan ekonomi Negeri Sembilan 2021-2025
Pembentangan Belanjawan 2022 Negeri Sembilan pada 26 November 2021 yang lepas merupakan belanjawan defisit untuk tahun ketiga sejak 2020 sebanyak RM88 juta.