Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM408.5 bilion.

Ia bersamaan dengan US$95.1 bilion pada 15 Januari 2016.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh.

Ia ialah 1.1 kali hutang luar negara jangka pendek.

Jumlah berkenaan adalah lebih rendah daripada RM409.1 bilion atau bersamaan dengan US$95.3 bilion pada 31 Disember 2015.

Jumlah pada akhir 2015 adalah sedikit rendah dari jumlah akhir pada 2014 iaitu sebanyak RM405.4 bilion atau US$115.9 bilion.

Menurut Bank Negara Malaysia, rizab antarabangsa dijangka disokong pelaburan masuk dan dagangan pada 2016.