KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS kerana pelabur masih mengambil sikap berhati-hati terhadap unjuran global walaupun dolar AS lemah sedikit, kata seorang penganalisis.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5950/6000 berbanding dolar AS berbanding penutupan Jumaat pada 4.5745/5785.
Pasaran ditutup semalam (Isnin) sempena cuti hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dolar AS lemah sedikit berikutan data indeks pengurus pembelian (PMI) ISM Services yang kurang menggalakkan berbanding unjuran dan mengharapkan agar kenaikan kadar faedah yang lebih rendah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, beliau menyatakan walaupun data PMI Caixin meningkat pada bulan Mei, yuan China masih lemah disebabkan oleh sentimen pasaran negatif di sekitar pertumbuhan China.
Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan mengukuh kepada 3.2927/2965 berbanding yen Jepun daripada 3.2957/2989 pada penutupan Jumaat, meningkat berbanding euro pada 4.9240/9294 daripada 4.9254/9297 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7139/7201 daripada 5.7323/7373 minggu lepas.
Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.
Unit tempatan meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2029/2222 daripada penutupan urus niaga Jumaat 13.2402/2591 dan agak tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.17/8.19 daripada 8.18/8.19.
Namun begitu, ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4055/4094 daripada 3.4026/4059 minggu lepas dan lemah berbanding rupian Indonesia pada 308.5/309.0 daripada 305.0/305.5 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5950/6000 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
Masyarakat perlu hayati pengorbanan pejuang terdahulu - Sultan Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya masyarakat sentiasa menghayati pengorbanan pejuang tanah air terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
Pelancongan Pendidikan: UMPSA berjaya tarik minat pelajar luar
Program pelancongan pendidikan atau Edu-Tourism yang ditawar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mampu menjadi tarikan kepada pelajar antarabangsa menyambung pendidikan ke peringkat tinggi di Malaysia.
Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS
Ringgit menutup minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS, pada 4.6550/6605 hari ini berbanding 4.6600/6625 yang disaksikan semasa penutup Khamis.
Bancian ESSCOM: 6,200 komuniti Pala'u warganegara Malaysia
Bancian dijalankan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) mendapati 6,200 daripada kira-kira 28,000 orang dalam komuniti Pala'u di Sabah ialah warganegara Malaysia.
MCMC rampas 138 walkie-talkie tak diperakui, bernilai lebih RM20,000
MCMC memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati, ketiga-tiga premis terlibat menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui.
Pasaran getah ditutup lebih tinggi berikutan bekalan yang terhad
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan bekalan yang terhad berikutan ramalan cuaca buruk di Thailand.
Lapangan terbang di timur Perancis dibuka semula selepas ditutup 'atas sebab keselamatan'
Perancis berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak awal pagi Jumaat susulan 'tindakan khianat' yang menyasarkan rangkaian kereta api.
Umur bukan penghalang Johnathan cipta sejarah di Paris
Johnathan Wong, 31 tahun, dijadual beraksi dalam acara kegemarannya iaitu 10 meter (m) air pistol lelaki bagi pusingan kelayakan esok.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.
Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS
Ringgit menutup minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS, pada 4.6550/6605 hari ini berbanding 4.6600/6625 yang disaksikan semasa penutup Khamis.
Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6705/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6745 pada akhir urus niaga semalam.
Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini
Ia susulan kepada potensi Fed menurunkan kadar faedahnya dan BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7180/7210 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7200/7225 pada Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau
Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa walaupun data ekonomi negara maju itu lemah.
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7160/7190 berbanding dolar AS, tidak berubah ketika ditutup pada Khamis.
Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM
Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.