KUALA LUMPUR: Ringgit melonjak ke paras tertinggi 10 bulan berbanding dolar AS berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan di Amerika Syarikat pada masa hadapan selepas data inflasi AS terkini menunjukkan arah aliran menurun.
Pada 9 pagi, ringgit menambah nilai sebanyak 270 mata asas kepada 4.3300/3350 berbanding dolar AS, paras terakhir dilihat pada April 2022, daripada 4.3570/3615 penutup Khamis.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS, penunjuk inflasi, adalah sejajar dengan jangkaan pasaran, pada 6.5 peratus tahun ke tahun.
Beliau berkata pasaran mentafsir ini sebagai isyarat bahawa inflasi adalah terkawal di Amerika Syarikat dan ini mungkin mendorong Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk memperlahankan kadar kenaikan kadar faedah pada separuh kedua 2023.
"Ramai yang kini meramalkan peningkatan 25 mata asas pada masa hadapan. Semua ini menunjukkan kepada penyusutan selanjutnya dolar AS dalam jangka pendek dan sederhana.
"Dengan inflasi dan kadar faedah yang lebih rendah, pelabur mencari alternatif pelaburan yang lebih menarik dan boleh menjual dolar AS untuk membeli aset yang lebih berisiko, seperti saham atau mata wang lain," kata Diniz kepada Bernama.
Dari sudut teknikal, beliau berkata gandingan dolar AS-ringgit telah mula menembusi paras sokongan pada 4.3650 dan kemungkinan ia akan turun serendah 4.30 dalam beberapa hari akan datang.
Sementara itu, seorang penganalisis berkata angka ekonomi Malaysia yang positif, yang telah mendorong minat belian terhadap ringgit, turut disokong oleh pembukaan semula ekonomi China yang berterusan.
Dilaporkan inflasi China kekal sederhana dengan IHP meningkat sebanyak 1.8 peratus pada Disember berbanding tahun sebelumnya, lebih tinggi berbanding 1.6 peratus pada November, menurut Biro Perangkaan Kebangsaan.
Kadar inflasi negara itu berada pada 2.0 peratus pada 2022, di bawah unjuran rasmi sekitar 3.0 peratus.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan naik sedikit berbanding dolar Singapura menjadi 3.2751/2794 daripada 3.2764/2803 pada penutup semalam dan menyusut nilai berbanding euro kepada 4.6981/7035 daripada 4.6890/6938.
Ringgit turut lemah berbanding yen Jepun kepada 3.3480/3524 daripada 3.3242/3281 tetapi lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.2852/2913 daripada 5.3033/3088 pada penutupan Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
Ringgit menambah nilai sebanyak 270 mata asas kepada 4.3300/3350 berbanding dolar AS, paras terakhir dilihat pada April 2022, daripada 4.3570/3615 penutup Khamis. -Gambar hiasan
Kumpulan terkesan kenaikan diesel mungkin 'merajuk'
Isu-isu nasional dan kos sara hidup akan terus mendominasikan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.
Tidak mustahil BN rampas semula Nenggiri
Melihat pada sejarah, tidak mustahil untuk calon Barisan Nasional untuk merampas semula DUN Neggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.
Kerajaan giat gerak inisiatif jadikan TVET pilihan utama pelajar
Kerajaan giat menggerakkan usaha bagi memastikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi pilihan utama golongan muda melanjutkan pelajaran sekali gus menyumbang kepada pendapatan serta kemajuan Malaysia.
Sepasang kekasih ditahan ketika cuba lari daripada polis
Sepasang kekasih dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas, Skudai di Johor Bahru, Rabu lalu.
Kamala Harris rapatkan jurang dengan Trump dalam perlumbaan Presiden - Tinjauan WSJ
Dalam perbandingan secara langsung, Trump mengekalkan sedikit kelebihan dengan memperoleh 49 peratus undian berbanding 47 peratus untuk Harris.
Gua Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO
Kompleks Gua Taman Negara Niah di Sarawak diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO.
10 Berita Pilihan - (27 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan adik
Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika cuba menyelamatkan adik perempuannya daripada lemas dalam kejadian di Pantai Cenang, Langkawi, hari ini.
Rusia dan China alu-alukan keanggotaan Malaysia dalam BRICS
Mohamad berkata, Malaysia perlu menunggu lebih kurang satu tahun lagi sebelum keanggotaannya diterima.
ASEAN sambut baik perubahan sikap negara kuasa besar terhadap isu Palestin
ASEAN mengalu-alukan perubahan sikap dan pendirian beberapa negara kuasa besar dalam isu melibatkan rakyat Palestin yang terus menerus diperlakukan secara kejam oleh rejim Zionis.
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
Serah kepimpinan kepada generasi baharu cara terbaik satukan negara - Biden
Biden sebelum ini menarik diri daripada pemilihan berikutan tekanan yang semakin meningkat dari kalangan Demokrat.
Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6705/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6745 pada akhir urus niaga semalam.
Mohamed Salah ikuti rombongan Liverpool ke Amerika Syarikat
Salah memilih untuk tidak beraksi bersama Mesir dalam Sukan Olimpik Paris 2024 demi persediaan menghadapi musim baru.
Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif
Ujian antigen pantas BINAX adalah negatif, bagaimanapun, beliau akan terus dipantau untuk sebarang penyakit berulang.
Harris peroleh cukup sokongan bagi pencalonan presiden parti Demokrat
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris memperoleh sokongan yang mencukupi bagi memenangi pencalonan presiden Demokrat.
Trump terima nota Xi Jinping selepas insiden tembakan
Trump berkata, Xi mengirimkan nota yang indah beberapa hari lalu selepas mendengar mengenai kejadian tembakan itu.
Biden 'pasti' dalam pertandingan presiden, di tengah seruan supaya tarik diri
Jen O'Malley Dillon berkata, Bien adalah orang terbaik untuk menghadapi Donald Trump dan membentangkan visinya.
Gangguan IT Global: Operasi lapangan terbang di beberapa negara terjejas
Perisian dibangunkan syarikat CrowdStrike mengalami gangguan siber terbesar sehingga menjejaskan operasi penerbangan di beberapa negara.
Trump terima pencalonan Republikan, janji satukan Amerika Syarikat
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump secara rasmi menerima pencalonan Parti Republikan sebagai calon presiden.