KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Khamis, seiring dengan prestasi mata wang serantau dan di tengah-tengah pendirian bank pusat AS yang kekal cenderung menaikkan kadar faedah, kata penganalisis.
Pada 6 petang ini, ringgit berada di paras 4.6235/6280 berbanding dolar AS daripada 4.6195/6235 pada akhir urus niaga semalam.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran sememangnya bersedia dengan tindakan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menangguhkan kenaikan kadar faedah dan jangkaan peningkatan satu mata kepada 25 mata asas pada bulan ini.
Bagaimanapun, bank pusat AS itu sebaliknya bertindak menaikkan kadar itu ke paras lebih tinggi iaitu pada panduan 50 mata asas yang merupakan kenaikan sebanyak dua kali.
"Tindakan itu lebih tinggi daripada jangkaan awal pasaran dan akibatnya dolar AS lebih mengukuh berbanding ringgit. Namun selepas kejutan awal itu reda, pasaran akan menumpukan kepada data ekonomi dan metrik inflasi berbanding panduan Fed.
"Memandangkan inflasi AS dijangkakan menurun pada musim panas ini, saya berpendapat bahawa dolar AS akan turut lemah sedikit. Pada masa sama, penyusutan ringgit juga berkemungkinan menghampiri paras kemuncaknya berikutan langkah China melaksanakan langkah rangsangan ekonomi yang akan mendorong eksport Malaysia ke negara itu," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata unjuran Kadar Dana Fed sebanyak 5.6 peratus menjelang akhir tahun daripada jangkaan 5.1 peratus sebelum ini, juga hanya membuktikan pendirian Fed yang kekal dengan pendirian menaikkan kadar faedahnya dari segi dasar monetari.
"Mungkin ini yang menyumbang kepada pengukuhan dolar AS pada hari ini," katanya.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama dunia.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2781/2816 daripada 3.3015/3046 namun rendah berbanding pound Britain kepada 5.8543/8600 daripada 5.8423/8473 semalam dan susut berbanding euro kepada 5.0151/0200 daripada 4.9918/9962.
Bagaimanapun, unit tempatan itu mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.2783/2981 daripada 13.3192/3380 sebelum ini namun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4442/4481 daripada 3.4433/4465.
Ringgit juga meningkat berbanding rupiah Indonesia pada 309.1/309.6 daripada 309.8/310.3 namun kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.26/8.27.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
![Ringgit ditutup rendah seiring prestasi mata wang serantau Ringgit ditutup rendah seiring prestasi mata wang serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677034907_wang.jpg)
Pada 6 petang ini, ringgit berada di paras 4.6235/6280 berbanding dolar AS daripada 4.6195/6235 pada akhir urus niaga semalam. - Gambar hiasan/BERNAMA
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Laporan PAC akan dibentang dan dibahaskan minggu depan
Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti UUM ada perinciannya.
![Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720344530_MohamadHasan.jpg)
Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad
UMNO Bahagian disaran mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat.
![Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699252306_PengerusiMARA.jpg)
Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, individu terbabit sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan perbicaraan kes berkenaan ketika ini sedang berjalan.
![Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341803_FahmiFadzil.jpg)
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
![Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720340181_Meninggaldunia.jpg)
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
![HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
![Tiga bulan bawa bas tanpa lesen Tiga bulan bawa bas tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341019_BawaBasTiadaLese.jpg)
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
![Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7180/7210 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7200/7225 pada Selasa.
![Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau
Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa walaupun data ekonomi negara maju itu lemah.
![Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7160/7190 berbanding dolar AS, tidak berubah ketika ditutup pada Khamis.
![Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716610812_BNM.jpg)
Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM
Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
![Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696493849_Pengarah.jpg)
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
![Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709167362_TBDEWANRAKYAT.jpg)
Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menurut aturan urusan mesyuarat di portal Parlimen, kesemua soalan berkenaan akan diajukan pada sesi soal jawab lisan.
![Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini selepas diniagakan dalam jajaran kecil sepanjang hari, kata seorang penganalisis.
![Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan penurunan untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat walaupun data ekonomi AS lemah, kata pakar ekonomi.
![Lokasi strategik, kepelbagaian pasaran hartanah Malaysia tarik pembeli asing - Juwai IQI Lokasi strategik, kepelbagaian pasaran hartanah Malaysia tarik pembeli asing - Juwai IQI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718726545_FBREAKCONDOMAHAL.jpg)
Lokasi strategik, kepelbagaian pasaran hartanah Malaysia tarik pembeli asing - Juwai IQI
Bagi suku pertama 2024, penyusutan nilai ringgit telah menarik pelabur hartanah global dengan pembeli dari China merupakan paling aktif.
![Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil 4.67 hingga 4.69 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama.