KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini selepas diniagakan dalam jajaran kecil sepanjang hari, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7110/7150 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7110/7145 pada Jumaat minggu lepas.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kepada Bernama bahawa dolar AS dijangka terus kukuh dengan Indeks Dolar AS (DXY) kekal berada di atas paras 105 mata.
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) memberi bayangan akan terus mengekalkan kadar semasanya dan terdapat kemungkinan kadar faedah akan dinaikkan tidak lama lagi.
Beliau berkata ini telah meningkatkan permintaan terhadap dolar AS kerana kadar faedah tinggi menarik lebih banyak pelabur yang inginkan pulangan yang lebih baik.
Pada Khamis, angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat bagi suku pertama 2024 akan diumumkan dengan konsensus mengunjurkan pertumbuhan KDNK pada 1.3 peratus, sama dengan unjuran kedua yang dikeluarkan oleh Biro Analisis Ekonomi.
Sementara itu, seorang penganalisis berkata harga minyak mentah Brent yang lebih tinggi mungkin memberi sedikit sokongan kepada ringgit berikutan status negara sebagai pengeksport bersih minyak dan gas.
Pada 6.24 petang, penanda aras minyak mentah Brent meningkat 0.42 peratus kepada US$85.60 setong.
Sementara itu, ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9508/9535 daripada paras penutup 2.9648/9671 pada Jumaat minggu lepas tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.9679/9730 daripada 5.9594/9638 dan menyusut berbanding euro kepada 5.0511/0554 daripada 5.0394/0431.
Ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.
Unit tempatan meningkat berbanding baht Thai kepada 12.8383/8541 daripada paras penutup 12.8495/8639 pada Jumaat minggu lepas.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4811/4843 daripada paras penutup 3.4785/4814 pada Jumaat minggu lepas, turun berbanding rupiah Indonesia kepada 287.3/287.7 daripada 286.3/286.7 dan jatuh berbanding peso Filipina kepada 8.01/8.02 daripada 8.00/8.02.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
![Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7110/7150 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7110/7145 pada Jumaat minggu lepas. - Gambar fail/Bernama
![RWMF 2024: Evolusi muzik, kraf tangan, bengkel. Apa lagi yang menarik? RWMF 2024: Evolusi muzik, kraf tangan, bengkel. Apa lagi yang menarik?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719565784_RWMF.jpg)
RWMF 2024: Evolusi muzik, kraf tangan, bengkel. Apa lagi yang menarik?
Pelbagai aktiviti disediakan buat pengunjung ke Taman Budaya Sarawak, Santubong dari 28 sehingga 30 Jun 2024.
![Sunway jalin kolaborasi dengan EU, pacu usaha menuju masa depan yang mampan Sunway jalin kolaborasi dengan EU, pacu usaha menuju masa depan yang mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719567220_TBSunway.jpg)
Sunway jalin kolaborasi dengan EU, pacu usaha menuju masa depan yang mampan
Tahun ini, Sunway akan meneraju inisiatif unik untuk menangani kemiskinan bandar menerusi projek Cerapan Komuniti Desa Mentari.
![Satu maut, bumbung runtuh di lapangan terbang Delhi Satu maut, bumbung runtuh di lapangan terbang Delhi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719570005_TBIndiaAirport.jpg)
Satu maut, bumbung runtuh di lapangan terbang Delhi
Menurut NDTV, mangsa berada dalam empat kenderaan yang dihempap oleh balok yang runtuh.
![KPDN tegas laksana penguatkuasaan larangan jual diesel dan petrol RON95 berulang KPDN tegas laksana penguatkuasaan larangan jual diesel dan petrol RON95 berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707561071_AzmanAdam.jpg)
KPDN tegas laksana penguatkuasaan larangan jual diesel dan petrol RON95 berulang
KPDN tegas melaksanakan penguatkuasaan arahan larangan menjual diesel dan petrol RON95 secara berulang dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan.
Johor rekodkan peningkatan eksport tertinggi pada Mei
Prestasi eksport bernilai RM128.2 bilion pada Mei 2024, meningkat sebanyak RM8.7 bilion atau 7.3 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
Pembaharuan tingkat keselamatan tabungan pendeposit
Kerajaan memberi jaminan perkhidmatan aplikasi THiJARI milik Lembaga Tabung Haji (TH) selamat digunakan walaupun beberapa pembaharuan dilakukan bagi memperkemaskan lagi aplikasi itu.
Pantau Agenda Reformasi: SPR teruskan PRK DUN Nenggiri, apa selepas ini?
Injuksi tangguh PRK DUN Nenggiri ditolak. SPR teruskan PRK DUN Nenggiri. Apa selepas ini dan bagaimana ia akan beri kesan kepada 1 DUN & 6 parlimen lain.
Mujibu Abd Muis, Felo Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, UUM
Mujibu Abd Muis, Felo Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, UUM
Pelaksanaan pantas projek pembangunan pacu ekonomi Malaysia
Potensi pelaksanaan projek yang lebih cepat di bawah pelan tindakan pembangunan dijangka memacu ekonomi Malaysia mencapai sasaran pertumbuhan yang diunjurkan antara 4.0 hingga 4.5 peratus tahun ini.
Jalin kolaborasi untuk pacu usaha menuju masa depan yang mampan
Kumpulan Sunway memeterai perjanjian dengan delegasi kesatuan eropah ke Malysia (EUD) untuk sebuah jalinan strategik bagi memacu pelbagai inisiatif kemampanan bersama.
![Pembaharuan aplikasi THiJARI tingkat keselamatan tabungan pendeposit Pembaharuan aplikasi THiJARI tingkat keselamatan tabungan pendeposit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719565650_PINTAR.jpg)
Pembaharuan aplikasi THiJARI tingkat keselamatan tabungan pendeposit
Kerajaan memberi jaminan perkhidmatan aplikasi THiJARI milik Lembaga Tabung Haji selamat digunakan walaupun terdapat beberapa pembaharuan.
![Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini selepas diniagakan dalam jajaran kecil sepanjang hari, kata seorang penganalisis.
![Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil 4.67 hingga 4.69 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama.
![Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603457654_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Dolar AS memperoleh kekuatan berikutan peningkatan ketidaktentuan mengenai rang undang-undang rangsangan fiskal yang dijangka hanya diluluskan selepas pilihan raya presiden.