KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar US pada Khamis walaupun Indeks Dolar Amerika Syarikat (AS) merosot kerana pelabur kekal yakin mengenai penurunan kadar faedah AS akan berlaku tidak lama lagi, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7020/7055 berbanding dolar US daripada 4.6950/6985 ketika ditutup pada Selasa.
Pasaran ditutup pada Rabu (22 Mei) untuk cuti umum Hari Wesak.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata seperti yang dijangkakan, ringgit lebih lemah berbanding dolar US selepas pengumuman Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) malam tadi.
"Nampaknya, pilihan untuk kenaikan kadar faedah masih dipertimbangkan terutamanya jika risiko kenaikan inflasi menjadi kenyataan.
"Jelas sekali, Rizab Persekutuan (Fed) AS belum lagi menamatkan usahanya untuk menurunkan inflasi ke arah sasaran dua peratus dan kelihatan bersedia untuk tidak memperoleh pertumbuhan demi mencapai objektif inflasinya," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata mata wang pasaran sedang pesat membangun dijangka kekal tidak menentu.
"Di United Kingdom, kadar inflasi telah turun dengan ketara kepada 2.3 peratus pada April tetapi masih melebihi sasaran dua peratus.
"Inflasi teras juga kekal kerana ia kekal pada tahap tinggi pada 3.9 peratus. Oleh itu, masih belum dapat dilihat sama ada Bank of England akan memilih melaksanakan pelonggaran dasar monetari dalam tempoh terdekat," katanya.
Pada penutup dagangan hari ini, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0012/0036 daripada 3.0071/0095 ketika ditutup pada Selasa dan menokok berbanding euro kepada 5.0993/1031 daripada 5.1044/1082 sebelumnya, bagaimanapun merosot berbanding pound Britain kepada 5.9824/9868 daripada 5.9730/9774 sebelumnya.
Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia turun berbanding peso Filipina kepada 8.09/8.10 daripada 8.06/8.07, merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 294.0/294.2 daripada 293.4/293.8 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4843/4874 daripada 3.4863/489 ketika ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8688/8833 daripada 12.9264/9407 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Pada penutup dagangan hari ini, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding beberapa mata wang utama. - Gambar fail/Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Ringgit ditutup rendah berikutan ekonomi AS menunjukkan tanda pemulihan
Ringgit meneruskan trend penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Bank of England dijangka kekalkan kadar asas selepas inflasi meningkat
Bulan lepas, angka rasmi menunjukkan inflasi meningkat semula kepada 2.3 peratus pada Oktober, lonjakan tertinggi dalam tempoh dua tahun.

Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah pada Khamis berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pengukuhan mata wang itu yang didorong oleh ketidaktentuan yang memuncak dalam geopolitik.

Kadar faedah AS turun, Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring pasaran serantau
Sewaktu pasaran ditutup, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.06 mata atau 0.3 peratus kepada 1,665.65.

Rizab Persekutuan Amerika akhirnya turunkan 50 mata asas kadar faedah
Pemotongan itu bertujuan meredakan kembali pasaran pekerjaan dan menurunkan kadar inflasi.

Ringgit mengukuh menjelang jangkaan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.3460/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3470/3505 semasa ditutup pada Isnin.

Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh penurunan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras global.

Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan
Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan ketika ditutup pada Isnin, didorong kebimbangan yang semakin reda terhadap potensi kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat ke paras 4.4710/4750 berbanding dolar AS daripada 4.4950/5010 pada penutup semalam.