KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh namun tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain, kata pakar ekonomi.
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7190/7235 berbanding dolar AS daripada 4.7120/7155 ketika ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pilihan raya di Perancis dan United Kingdom (UK) dilihat memberikan rangsangan kepada mata wang AS.
UK dilaporkan akan mengadakan pilihan raya pada Khamis manakala pusingan kedua pilihan raya Parlimen Perancis akan diadakan pada 7 Julai.
"Walaupun Indeks Pengurus Pembelian (IPP) Pembuatan ISM AS susut kepada 48.5 mata pada Jun, lebih rendah daripada jangkaan konsensus 49.2 mata namun, Indeks Dolar AS (DXY) terus disokong dengan baik," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata selain itu, pilihan raya Presiden AS pada November menjadi tumpuan utama pasaran berikutan debat presiden pada Jumaat lepas.
Justeru, ringgit dijangka mengekalkan julat kecil berbanding dolar AS pada sekitar RM4.71 hari ini, katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit domestik meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9216/9246 daripada 2.9254/9278 ketika ditutup pada Isnin serta lebih kukuh berbanding pound British kepada 5.9653/9710 daripada 5.9706/9750.
Ringgit naik berbanding euro kepada 5.0658/0707 daripada 5.0682/0720.
Sebaliknya, prestasi ringgit bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4750/4785 daripada 3.4772/4801 pada penutup semalam, dan lebih stabil berbanding baht Thailand kepada 12.8300/8464 daripada 12.8329/8481.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.03/8.04 ketika ditutup pada Isnin, serta rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 289.1/289.5 daripada 288.7/289.0.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7190/7235 berbanding dolar AS daripada 4.7120/7155 ketika ditutup pada Isnin.- Gambar hiasan Reuters

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.2875/3005 berbanding dolar AS, daripada 4.2800/2830 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat yang lebih kukuh namun tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan minat belian.

Ringgit dibuka rendah susulan permintaan terhadap dolar AS meningkat
Pada 9.05 pagi ini, ringgit turun ke paras 4.7360/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7280/7350 pada akhir urus niaga Rabu.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi ini, ringgit merosot nilai kepada 4.7850/7895 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.7780/7830.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 4.3550/3650 berbanding dolar AS daripada 4.3350/3450 sewaktu ditutup pada Selasa.