KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan minat belian apabila sentimen berhati-hati terus menyelubungi keputusan dasar monetari oleh Bank of Japan (BoJ).
Pada 9.15 pagi, ringgit susut kepada 4.7225/7265 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7195 pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran akan memberi tumpuan kepada keputusan dasar monetari oleh BoJ hari ini berikutan jangkaan bahawa bank pusat Jepun itu akan menamatkan Dasar Kadar Faedah Negatif dan Kawalan Keluk Hasil.
Selain itu, katanya peserta pasaran akan memantau mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang bermula hari ini dan berakhir esok.
Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal rendah berikutan sentimen dagangan berhati-hati, katanya kepada Bernama.
"Bagaimanapun, data yang positif dari China semalam memberi harapan bahawa ekonomi global kedua terbesar itu akan mendapat tarikan berikutan pelbagai rangsangan ekonomi dan monetari," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1631/1660 daripada 3.1608/1630 pada Isnin, susut berbanding pound kepada 6.0070/0121 daripada 6.0060/0098 semalam, bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada 5.1338/1382 daripada 5.1400/1433 sebelum ini.
Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.
Ia rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1104/1262 daripada 13.1050/1203 pada Isnin dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 300.9/301.3 daripada 300.5/300.9 semalam.
Bagaimanapun, mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.5258/5291 daripada 3.5253/5278 pada Isnin dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.48/8.49 daripada 8.49/8.50 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024

Pada 9.15 pagi, ringgit susut kepada 4.7225/7265 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7195 pada Isnin. - Gambar fail/Reuters
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.2875/3005 berbanding dolar AS, daripada 4.2800/2830 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat yang lebih kukuh namun tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan minat belian.

Ringgit dibuka rendah susulan permintaan terhadap dolar AS meningkat
Pada 9.05 pagi ini, ringgit turun ke paras 4.7360/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7280/7350 pada akhir urus niaga Rabu.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi ini, ringgit merosot nilai kepada 4.7850/7895 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.7780/7830.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 4.3550/3650 berbanding dolar AS daripada 4.3350/3450 sewaktu ditutup pada Selasa.