KUALA LUMPUR: Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat selepas permintaan terhadap mata wang negara maju itu meningkat, didorong oleh angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menunjukkan ekonomi AS tumbuh 2.5 peratus pada 2023, peningkatan ketara daripada 1.9 peratus pada 2022.
Pada 9.05 pagi ini, ringgit turun ke paras 4.7360/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7280/7350 pada akhir urus niaga Rabu.
Pasaran ditutup pada Khamis bersempena cuti Thaipusam.
Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, di sebalik persepsi bahawa prestasi ekonomi AS yang kukuh akan meningkatkan lagi dolar AS, kesan keseluruhannya terhadap pasaran mungkin tidak ketara bagi tempoh selepas itu.
"Pasaran pertukaran asing (FX) lebih menumpukan data-data kritikal seperti harga, terutamanya menjelang pengumuman maklumat seperti Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) teras AS pada 26 Jan, 2024 dan Indeks Harga Pengguna (IHP) Januari yang dijangka diumumkan pada 13 Feb, 2024.
"Jangkaan bagi PCE teras untuk Disember kekal terkawal dengan unjuran kenaikan 0.2 peratus bagi bulan ke bulan, seiring dengan keutamaan Rizab Persekutuan AS terhadap metrik inflasi," katanya kepada Bernama.
Selain itu, jelas Innes, pengumuman angka IHP Januari pada awal Februari akan turut menyuntik risiko selanjutnya dalam pasaran.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 6.0166/0217 daripada 6.0343/0433 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.1343/1386 daripada 5.1540/1616 pada Rabu.
Unit tempatan itu bagaimanapun susut berbanding yen Jepun kepada 3.2091/2120 daripada 3.2043/2093, sebelum ini.
Berbanding mata wang Asean, ringgit diniagakan lebih mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.5322/5355 daripada 3.5331/5386 dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.2379/2576 daripada 13.2493/2745, sebelum ini.
Malah, ia juga mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.39 daripada 8.39/8.41 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 299.2/299.6 daripada 300.9/301.4, sebelum ini. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024

Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat selepas permintaan terhadap mata wang negara maju itu meningkat. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.