KUALA LUMPUR: Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya selepas bank pusat terus memaparkan pendirian yang cenderung kepada kenaikan kadar faedah.
Pada masa sama, data ekonomi terkini AS pula terus menunjukkan ekonomi di landasan kukuh walaupun berlakunya inflasi, sekali gus membayangkan kenaikan kadar faedah utama untuk tempoh lebih lama, kata penganalisis.
Setakat jam 9 pagi, ringgit susut ke paras 4.7875/7910 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) yang terus mempertahankan kenaikan kadar faedah, terbukti terus mendorong kenaikan Indeks Dolar AS (DXY) kepada 106.151 mata daripada 105.951 mata pada hari sebelumnya.
"Presiden Fed New York John Williams, ketika ditanya mengenai kemungkinan kadar faedah itu dinaikkan, berkata kemungkinan itu tidak dapat ditolak jika keadaan wajar untuk bertindak sedemikian," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata, perkembangan itu juga menyaksikan kertas Perbendaharaan dua tahun AS meningkat kepada 4.99 peratus daripada 4.93 peratus manakala hasil 10 tahun naik empat mata asas kepada 4.63 peratus.
Sehubungan itu, katanya, pendirian tegas Fed serta data ekonomi yang kukuh menjadi faktor gabungan bagi lonjakan dolar AS.
Namun, dari sudut teknikal, DXY berada dalam keadaan terlebih beli yang dijangka disusuli dengan pembetulan teknikal.
"Ringgit juga sudah berada dalam kedudukan terlebih jual yang turut membayangkan pembetulan teknikal akan berlaku. Namun, oleh kerana pasaran bimbang dengan prospek kadar faedah AS, ringgit dijangka kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS," katanya.
Selain itu, beliau berkata, unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk Malaysia pada hari ini dapat menyuntik sedikit sokongan kepada ringgit sekiranya lebih baik dalam tempoh tiga bulan pertama 2024.
Bagaimanapun, jika jangkaan 3.9 peratus itu menjadi kenyataan, pertumbuhan akan jauh lebih baik daripada 3.0 peratus dalam suku sebelumnya.
Sementara itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.
Ini termasuk meningkat berbanding euro kepada 5.0929/0967 daripada 5.1050/1082, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0963/0988 daripada 3.0980/1002 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.9499/9543 daripada 5.9671/9708.
Ringgit juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN kecuali rupiah Indonesia.
Unit tempatan itu mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9855/9996 daripada 13.0053/0188 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.5127/5156 daripada 3.5176/5201.
Ringgit juga meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.34/8.35 daripada 8.36/8.37 namun rendah berbanding rupiah Indonesia pada 295.8/296.2 daripada 295.6/296.0. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
![Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya selepas bank pusat terus memaparkan pendirian yang cenderung kepada kenaikan kadar faedah. - Gambar fail
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
![Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
![Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7180/7210 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7200/7225 pada Selasa.
![Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau
Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa walaupun data ekonomi negara maju itu lemah.
![Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7160/7190 berbanding dolar AS, tidak berubah ketika ditutup pada Khamis.
![Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716610812_BNM.jpg)
Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM
Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
![Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696493849_Pengarah.jpg)
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
![Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709167362_TBDEWANRAKYAT.jpg)
Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menurut aturan urusan mesyuarat di portal Parlimen, kesemua soalan berkenaan akan diajukan pada sesi soal jawab lisan.
![Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini selepas diniagakan dalam jajaran kecil sepanjang hari, kata seorang penganalisis.
![Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan penurunan untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat walaupun data ekonomi AS lemah, kata pakar ekonomi.