KUALA LUMPUR:Penularan pandemik COVID-19 telah menyebabkan Razer Inc, jenama gaya hidup global terkemuka khusus untuk penggemar permainan dalam talian, menangguhkan pencarian lokasi untuk pembukaan cawangan 'walk-in' syarikat di rantau Asia Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif bahagian teknologi kewangan (fintech) syarikat Razer Fintech, Lee Li Meng berkata antara lokasi strategik yang ditinjau ialah Thailand dan Filipina.
Beliau menjelaskan perkara yang sama berlaku untuk perancangannya di Malaysia walaupun telah mengadakan perbincangan dengan beberapa rakan kongsi berkenaan dengan pembukaan cawangan 'walk-in'nya di dalam negara.
Cawangan pertama Razer di rantau Asia Tenggara telah dibuka di Manila, Filipina, tetapi ditutup pada 2018 kerana syarikat memerlukan ruang yang lebih besar.
Pada masa ini, empat cawangannya iaitu di San Francisco, Las Vegas, London dan Hong Kong beroperasi dan telah menunjukkan pemulihan dalam aliran penggunaan selepas ditutup berikutan pandemik COVID-19 yang menjurus kepada pelaksanaan sekatan pergerakan.
"Perniagaan masih berjalan dengan baik tetapi lebih digerakkan secara domestik," katanya.
Beliau memaklumkan keempat-empat cawangan permainan syarikat pernah digunakan untuk menerima penyertaan peminat dari negara lain sebelum pelaksanaan sekatan pergerakan.
"Mungkin pada masa akan datang, apabila keadaan lebih tenang, kita akan meninjau lebih banyak lokasi," kata beliau kepada Bernama.
Lee berkata Razer melihat potensi pertumbuhan yang menggalakkan di rantau ini meskipun ia mungkin tidak sebesar pasarannya di Amerika Syarikat (AS), China dan Eropah, yang mana syarikat menduduki tempat teratas dalam ruang perkakasan permainan di negara-negara berkenaan seperti papan kekunci, tetikus dan set kepala.
"Untuk perniagaan komputer riba, dari segi segmen permainan premium, kami berada di tempat nombor satu di AS. Kami hanya menghantar keluar komputer riba luar dari AS pada 2019. Maka, ini satu lagi perniagaan yang kami boleh usahakan.
"Ada banyak lagi perkara yang perlu lakukan sebelum kami boleh menjual komputer riba. Kami perlu pastikan adanya pusat perkhidmatan dan lain-lain, Jadi, ini satu lagi segmen yang kami mahu kembangkan di masa hadapan," tambah beliau.
Syarikat turut memperkenalkan Razer Kishi, pengawal sejagat permainan tersedia awan generasi akan datang untuk peranti mudah alih, bagi menyokong segmen paling pesat berkembang iaitu permainan mudah alih.
Selain itu, Razer Gold, yang merupakan kredit maya untuk penggemar permainan, menyaksikan peningkatan dalam jumlah jualan seluruh dunia sebanyak 125 peratus untuk separuh pertama 2020 berbanding tempoh sama tahun lepas.
Nilai jumlah dagangan Razer Fintech yang dikendalikan oleh Razer Merchants Services (RMS) dan Razer Pay, melonjak 115 peratus pada separuh pertama 2020 berbanding tempoh sama 2019.
Lee berkata syarikat terus berusaha meningkatkan penerimaan dan membawa lebih ramai rakan kongsi melibatkan diri dalam e-dompet mudah alihnya, Razer Pay dan RMS, platform pembayaran pedagang pelbagai mata wang.
Razer juga bekerjasama dengan pengurus aset AS, Franklin Templeton untuk mewujudkan inovasi pengurusan kekayaan digital untuk golongan belia dan generasi milenium.
Ditanya bilakah produk pertama akan diperkenalkan, Lee berkata Razer pada masa ini sedang berurusan dengan beberapa pengawal selia termasuk Bank Negara Malaysia dan telah bersedia melancarkan inovasi mereka sebaik sahaja mendapat kelulusan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 01 2020

Lee berkata Razer melihat potensi pertumbuhan yang menggalakkan di rantau ini meskipun ia mungkin tidak sebesar pasarannya di AS, China dan Eropah. - Foto Facebook

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

412 PPV ditambah di bawah PICKids - Dr Noor Azmi
Kesemua PPV tambahan itu diwujudkan dengan mengambil peluang sempena cuti sekolah yang bermula sejak 26 Feb lepas.

Warga emas: Dos penggalak COVID-19 secara walk-in di 4 PPV bermula Rabu
Perkhidmatan vaksinasi dos penggalak COVID-19 secara jumpa terus bagi warga emas, ditawarkan di empat pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang bermula Rabu ini.

Vaksinasi: Remaja tidak bersekolah, tiada dokumen pengenalan di Kapit boleh 'walk-in' ke PPV
Remaja yang sudah berhenti sekolah dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di Kapit, Sarawak masih layak menerima vaksin, kata Pegawai Kesihatan Kapit, Dr Hamidi Mohamad Sharkawi.

Melaka benar vaksinasi 'walk-in' di semua PPV bermula esok
Inisiatif itu bukan hanya kepada warganegara, malah bukan warganegara berumur 18 tahun ke atas juga boleh hadir ke PPV yang ditetapkan.

Vaksin COVID-19: 15 PPV di Perak dibuka secara jumpa terus
Penduduk yang berusia 18 tahun ke atas boleh mendapatkan vaksin secara 'walk-in' atau jumpa terus di kesemua PPV yang disenaraikan.

PPV di Sabah diarah perketat SOP elak kesesakan melampau - Khairy
Meskipun pemberian vaksin secara jumpa dibenarkan, penguatkuasaan SOP dalam kalangan orang ramai yang hadir ke PPV perlu diperketat.

Terengganu mula pemberian vaksin secara 'walk-in' Ahad ini
Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Terengganu (CITF Terengganu) membenarkan 14 pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini memberikan vaksin COVID-19 secara jumpa terus bermula Ahad ini.

Selepas Moderna, Singapura benar 'walk-in' di 26 pusat vaksinasi COVID-19 Pfizer-BioNTech
Ia bagi mempermudah rakyat Singapura, Penduduk Tetap dan pemegang Pas Jangka Panjang berusia 12 tahun ke atas untuk mendapatkan vaksin.

Guru, AKP dan pekerja sokongan diminta segera dapatkan suntikan vaksin melalui inisiatif 'walk-in'
Menteri Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata ini berikutan keputusan CITF memperluas inisiatif pemberian vaksin secara jumpa terus atau 'walk-in' ke seluruh negara.

Pemberian vaksin secara 'walk-in' lancar, kecuali di Serendah - Khairy
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Serendah menghadapi kekurangan bekalan susulan kehadiran penerima yang ramai.