KOTA KINABALU: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengarahkan pengurusan setiap pusat pemberian vaksin (PPV) di Sabah memperketat penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak berlaku kesesakan melampau di pusat itu.
Beliau berkata meskipun pemberian vaksin secara jumpa terus dibenarkan, penguatkuasaan SOP termasuk penjarakan fizikal dalam kalangan orang ramai yang hadir ke PPV perlu diperketat untuk memastikan proses pemberian vaksin sentiasa berada dalam keadaan terkawal.
"Kita tidak boleh elak daripada berlakunya orang ramai datang (ke PPV) memandangkan sekarang ini kadar vaksinasi di Sabah semakin meningkat dan semakin ramai yang tahu untuk mendapatkan vaksinasi. Jadi apabila (pemberian vaksin) dibuka secara jumpa terus maka mungkin berlaku sedikit kesesakan.
"Bagaimanapun, saya telah pesan kepada pengurus PPV dan juga pasukan terlibat dalam penguatkuasaan supaya SOP dikuatkuasakan dengan ketat agar tidak berlaku kesesakan," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Terdahulu, beliau meninjau lokasi tanah runtuh membabitkan beberapa bangunan di Kompleks C, Hospital Queen Elizabeth (HQE) susulan hujan lebat baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Pengarah Kesihatan Sabah Dr Rose Nani Mudin dan Pengarah HQE Dr William Gotulis.
Khairy mengulas isu pemberian vaksin secara jumpa terus di Sabah sejak 12 Ogos lepas yang dilapor menyebabkan berlakunya kesesakan luar biasa di beberapa PPV termasuk Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini sehingga orang ramai terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan suntikan vaksin.
BACA: Tanah Runtuh: Lima bangunan berisiko di Hospital Queen Elizabeth dikosongkan
BACA: Sabah diberi keutamaan bagi penyaluran vaksin dos tunggal Cansino
BACA: KKM siasat kelewatan fasa dua Hospital Papar, tindakan susulan dalam masa terdekat - KJ
Mengenai bangunan HQE yang terjejas itu, beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang membuat penilian kerosakan dan Kementerian Kesihatan akan mendapatkan anggaran kos daripada jabatan itu untuk permohonan peruntukan bagi tujuan pembangunan serta pembaikan.
"JKR akan membuat ketetapan berkenaan Klinik Tibi dan bangunan yang ada di sini... ketetapan untuk bangunan ini diklasifikasikan sebagai tidak selamat buat masa ini," katanya.
Jumaat lepas, lima bangunan berisiko di HQE yang terletak berhampiran kawasan tanah runtuh iaitu Stor Ubat dan Consumable, Wad Perubatan Kronik, Wad Rehab, Klinik Tibi dan Sleep Lab telah dikosongkan sebagai langkah keselamatan.
Terdahulu, Khairy mendengar taklimat Dr William berkaitan kapasiti HQE terutama bagi menangani pesakit COVID-19, yang antara lain memaklumkan kapasiti hospital itu buat masa ini agak baik termasuk di wad Unit Rawatan Rapi, wad biasa dan bahagian kecemasan.
Beliau turut menyampaikan bantuan kebajikan kepada 14 kakitangan hospital yang terlibat dalam bencana banjir dan insiden tanah runtuh itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021
Khairy (tengah) meninjau lokasi tanah runtuh membabitkan beberapa bangunan di Kompleks C, Hospital Queen Elizabeth susulan hujan lebat baru-baru ini, di Kota Kinabalu, 6 Sept, 2021. - Facebook Khairy Jamaluddin
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.