KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Terengganu (CITF Terengganu) membenarkan 14 pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini memberikan vaksin COVID-19 secara jumpa terus bermula Ahad ini.
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dalam kenyataan di Facebook menyatakan langkah itu bertujuan meningkatkan lagi jumlah penerima vaksin sekali gus mencapai 80 peratus imuniti kelompok yang disasarkan.
"Vaksinasi secara jumpa terus ini terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas, pemastautin di Terengganu sahaja, belum mendaftar melalui MySejahtera dan belum mendapat tarikh vaksin.
"Mereka yang terlepas janji temu sebelum ini juga digalakkan hadir ke PPV terpilih yang berdekatan untuk menerima vaksin," menurut kenyataan itu.
PPV yang terlibat dalam pemberian vaksin secara jumpa terus itu adalah Taman Tamadun Islam (TTI) dan Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di Kuala Terengganu; Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) (Kuala Nerus); Dewan Serbaguna Sungai Tarom (Setiu); dan Dewan Gong Kemuntong dan Kota Putra Square (Besut);
PPV lain adalah Dewan Datuk Seri Amar Diraja dan Dewan Sivik Kertih (Kemaman); Dewan Aspirasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Dewan Dagang Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) (Dungun); Dewan Majlis Daerah Marang (MDM) dan Dewan Sivik Bukit Payung (Marang); dan Dewan Majlis Daerah di Kuala Berang dan Ajil (Hulu Terengganu).
Waktu operasi vaksinasi di semua PPV itu bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang tertakluk kepada slot yang disediakan.
Sehingga semalam sebanyak 84.8 peratus daripada populasi dewasa di Terengganu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021
Sehingga semalam sebanyak 84.8 peratus daripada populasi dewasa di Terengganu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19. - Gambar hiasan/ Bernama
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Bomba Terengganu pantau 21 lokasi hakisan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menjalankan rondaan di 21 lokasi pantai tumpuan ramai yang kini diancam bahaya akibat hakisan.
Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan
Ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang terdampar di Terengganu mempunyai sengatan berbisa dan boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk serta berbahaya.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih, satu PPS Baharu dibuka di Johor
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga esok
Beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.
Hukuman sebat bukan bertujuan menghukum secara kejam - Ketua Hakim Syarie
Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik.
Sebatan di khalayak: Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh 2 minit
Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, pada Jumaat.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun
Seorang pengetua sekolah mengaku tidak bersalah berkomunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 2 Julai lalu.