BUTTERWORTH: Pulau Pinang berjaya mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM200 bilion dalam tempoh 15 tahun sejak 2008, semenjak Pakatan Harapan membentuk kerajaan negeri, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Justeru, katanya, beliau optimis Pulau Pinang akan terus berjaya mencatatkan pertumbuhan yang baik pada masa akan datang berdasarkan kepimpinan padu kerajaan negeri yang dapat membawa kestabilan diperlukan bagi menarik lebih ramai pelabur.
Tengku Zafrul berkata beliau juga ada melakukan tinjauan di kawasan perindustrian terutamanya di Kawasan Perindustrian Perai yang menempatkan banyak syarikat multinasional.
Menurutnya, lebih banyak fokus perlu diberikan kepada kawasan tersebut kerana ia merupakan kawasan yang besar dan penting yang berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, sekali gus dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
"Seperti yang kita dapat lihat dari segi pelaburan dan perdagangan, itu amat penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang disasarkan untuk tahun-tahun akan datang.
"Mereka (pelabur) datang ke sini untuk berdekatan dengan rantaian dan di sini (Pulau Pinang) yang penting bukan sahaja pelabur antarabangsa tapi juga pelabur domestik.
"Banyak syarikat besar telah berjaya di sini kerana kita ada kawasan perindustrian yang menarik pelabur asing yang memberikan limpahan kepada ekonomi setempat dan juga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini," katanya.
Tengku Zafrul berkata, kawasan Perindustrian Perai juga merupakan antara penerima peruntukan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dalam rangka kerja MADANI membabitkan peruntukan RM100 juta untuk menambah baik kawasan perindustrian di seluruh negara.
"Berapa banyak kawasan Perindustrian Perai akan menerima peruntukan (daripada jumlah RM100 juta) itu, kita akan bincangkan dan saya dapat lihat ia amat penting," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
Tengku Zafrul berkata beliau juga ada melakukan tinjauan di kawasan perindustrian terutamanya di Kawasan Perindustrian Perai yang menempatkan banyak syarikat multinasional. - Gambar fail
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
'Abang Bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
'Abang Bas' yang ditahan di Pusat Koreksional, Muar, sejak Selasa lalu kerana gagal membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 dibebaskan, selepas membayar semua bayaran.
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
PRK Mahkota: Jangan terlalu selesa, harus pulang mengundi - Tengku Zafrul
Beliau berkata, hal ini kerana sekitar 50 peratus pengundi bekerja di luar, yang dilihat sebagai antara cabaran dihadapi Barisan Nasional.
Perkhidmatan, pembuatan sumbang sebahagian besar pelaburan RM160 bilion pada separuh pertama 2024
Tengku Zafrul berkata lonjakan pelaburan itu disokong oleh 2,948 projek pelaburan yang dijangka mencipta kira-kira 79,187 peluang pelaburan baharu.
Perbincangan FTA GCC diteruskan, muktamad perjanjian dua hala UAE akhir tahun - Tengku Zafrul
Malaysia akan meneruskan perbincangan FTA dengan GCC dan memuktamadkan perjanjian dua hala dengan UAE pada akhir tahun ini.
Malaysia ketuai koordinasi perbincangan semakan FTA ASEAN-India November ini - Tengku Zafrul
Malaysia akan mengetuai koordinasi antara negara ASEAN dan India bagi mengadakan perbincangan untuk meningkatkan aspek perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara kedua-dua pihak.
Malaysia sedia penuhi peningkatan permintaan India bagi minyak sawit - Tengku Zafrul
Malaysia bersedia memenuhi peningkatan permintaan India bagi minyak sawit menerusi kerjasama dengan syarikat-syarikat pengimport utama.
Malaysia berada di landasan tepat capai unjuran KDNK 4.0-5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Antara faktor peningkatan KDNK bagi suku kedua adalah peningkatan ketara pelaburan swasta kerana pelabur semakin yakin dengan prospek ekonomi negara.
MITI sasar tarik RM300 bilion pelaburan hijau menjelang 2030 - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar menarik pelaburan hijau bernilai RM300 bilion menjelang 2030 untuk mencapai komitmen pelepasan karbon sifar bersih Malaysia.
Malaysia perlu terus peranan ‘neutral’ untuk jadi lokasi pelaburan utama - Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia bersifat terbuka dan menjalinkan hubungan kerjasama dengan semua negara, kata Tengku Zafrul.
Malaysia dijangka mampu hadapi jangkaan kemelesetan AS - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz optimis dengan keupayaan ekonomi Malaysia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan di Amerika Syarikat (AS).
Laporan Tesla batal pengeluaran di Asia Tenggara mungkin keputusan komersial - MITI
Laporan mengenai hasrat Tesla membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan komersial operasinya.